Dua positif dadah pecah masuk rumah, bawa lari alatan sembahyang

Dua positif dadah pecah masuk rumah, bawa lari alatan sembahyang

Dua lelaki yang juga penagih dadah ditahan selepas terlibat dalam kes pecah rumah bersenjatakan parang dan melarikan peralatan sembahyang, di Taman Muda, Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak berkata, berdasarkan laporan, suspek memasuki rumah mangsa kira-kira pukul 6 pagi.

Farouk berkata, suspek bertindak meletak parang ke leher isteri mangsa sebelum mengambil beberapa barang kemas, alatan sembahyang dan barangan peribadi mangsa sebelum melarikan diri.

“Pengadu telah turun ke tingkat bawah dan menjumpai isterinya dalam keadaan ketakutan. Isteri pengadu memaklumkan bahawa rumah telah dimasuki dua lelaki yang telah melarikan diri,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, suspek disyaki telah memasuki rumah mangsa dengan merosakkan gril tingkap belakang.

Difahamkan, mangsa lelaki berusia 60 tahun cuba mengesan suspek sebelum terserempak dengan sebuah kereta polis (MPV) yang sedang menjalankan rondaan dan memaklumkan kejadian.

Berdasarkan maklumat, dalam pukul 6.50 pagi suspek dua lelaki tempatan berusia lingkungan 30 dan 31 berjaya ditahan. Saringan air kencing mendapati kedua-duanya positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata, hasil semakan juga mendapati suspek kedua mempunyai 38 rekod lampau, dan satu rekod dikehendaki, bersabit kes pecah rumah di kontinjen Johor. Rakannya yang berumur 30 tahun pula tiada rekod lampau.

Dalam tangkapan itu polis turut merampas 3 utas rantai leher benang (untuk sembahyang tokong) berwarna merah, kuning dan hitam; telefon bimbit jenis Vivo; lampu suluh kecil warna hitam; serta satu unit alat sembahyang.

Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. FMT

Dua positif dadah pecah masuk rumah, bawa lari alatan sembahyang


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker