Tiga naib presiden PAS berjawatan menteri pertahan jawatan

Tiga penyandang naib presiden PAS masing-masing berjaya mempertahankan jawatan mereka dalam pemilihan Jawatankuasa Kerja Pas Pusat bagi sesi 2021-2023 yang diadakan sempena Muktamar PAS ke-67 di Kuala Terengganu.

Mereka terdiri daripada Idris Ahmad, Mohd Amar Abdullah dan Ahmad Samsuri Mokhtar sekali gus mengenepikan seorang calon pencabar iaitu Mohd Zuhdi Marzuki.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan ketiga-tiga mereka mengekalkan status qou sebagai pemimpin kanan PAS.

Terdahulu, bagi jawatan Presiden dan Timbalan Presiden parti itu turut mengekalkan jawatan presiden dan timbalan presiden yang masing-masing disandang Abdul Hadi Awang dan Tuan Ibrahim Tuan Man yang dimenangi tanpa bertanding.

Tiga naib presiden PAS berjawatan menteri pertahan jawatan


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ketua Pemuda PAS serah hala tuju MN pada Hadi Awang

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker