Suami isteri antara 46 individu ditahan dadah

Suami isteri antara 46 individu ditahan dadah

Sepasang suami isteri antara 46 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dengan kes berkaitan dadah dalam Ops Sarang Khas di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Larkin, Johor Bahru.

Ketua Polis Johor Ayob Khan Mydin Pitchay berkata semua mereka ditahan berusia antara 30 hingga 70 tahun itu dalam operasi bermula jam 1 tengah hari, khusus bagi membanteras penagih dadah tegar selain membasmi tempat penagihan di kawasan PPR.

Bercakap dalam sidang media, beliau dipetik Bernama berkata semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan bagi ujian saringan air kencing.

Sementara itu, katanya, polis menahan seorang lelaki warga Bangladesh yang dipercayai membuat kenyataan berbaur perkauman yang boleh mendatangkan kegusaran dan menggugat keamanan awam menerusi platform media sosial Tik Tok, semalam.

Beliau berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di Jalan Bakri, dekat Muar, jam pukul 7.30 malam oleh anggota polis dari IPD Muar.

“Pada 5 Nov lalu tular satu video di media sosial mengenai kenyataan suspek berkaitan agama Hindu, Muslim dan perayaan Deepavali yang boleh mendatangkan kegusaran serta menggugat keamanan awam. Hasil siasatan juga mendapati permit suspek telah tamat tempoh dan dia telah tinggal lebih masa di negara ini,” katanya.

Ayob Khan berkata lelaki itu direman selama 14 hari untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. FMT

Suami isteri antara 46 individu ditahan dadah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker