PRN Melaka: Kecil hati akan hilang sedikit demi sedikit, kata penyandang tak dicalon semula

PRN Melaka: Kecil hati akan hilang sedikit demi sedikit, kata penyandang tak dicalon semula

Penyandang kerusi DUN Rim tidak menyimpan dendam atas keputusan Barisan Nasional tidak mencalonkan beliau semula pada PRN Melaka.

Ghazale Muhamad mengakui kecewa kerana tidak terpilih namun akur dengan keputusan parti yang mahu meletakkan muka baharu. Beliau memberi jaminan akan bekerja dan membantu jentera BN bagi memenangkan calonnya.

“Sesiapa nama mereka yang tidak tercalon memang kecewa tetapi tidak sampai simpan dalam hati. Sekarang apa yang penting kita bekerja bersama-sama menguatkan jentera kempen parti.

“Segala rasa keluh kesah dan tidak puas hati kita tolak tepi. Saya yakin rasa kecil hati ini akan hilang sedikit demi sedikit nanti,” katanya menurut laporan Melaka Hari Ini (MHI).

Ghazale antara 24 penyandang kerusi DUN negeri yang tidak bertanding semula pada PRN 20 Nov, bagi memberi laluan kepada muka-muka baharu.

Turut digugurkan Ismail Othman (Kuala Linggi), Md Rawi Mahmud (Tanjung Bidara), Amiruddin Yusof (Ayer Limau), Latipah Omar (Taboh Naning), Abdul Ghafaar Atan (Asahan), Roslan Ahmad (Merlimau), dan Hasan Abd Rahman (Sungai Rambai).

Ghazale sejak kelmarin bermesyuarat dan menjelaskan situasi kepada ahli-ahli di peringkat akar umbi yang turut kecewa.

“Alhamdulillah ada kalangan mereka mengeluh sebelum ini sudah pun reda. Cuma ada sebilangan kecil yang masih tidak menerima namun saya yakin dalam tempoh beberapa hari ini mereka akan terima hakikat,” katanya. FMT

PRN Melaka: Kecil hati akan hilang sedikit demi sedikit, kata penyandang tak dicalon semula


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker