[VIDEO] Kantoi…”Rasa Akak Kena Curang Lah” – Girlfriend Abang Tiba-Tiba Call Masa Tengok TikTok

TikTok merupakan satu medium baru untuk anak-anak muda menunjukkan pelbagai aktiviti dan bakat mereka

Mana tidaknya, bukan saja golongan muda yang meminati TikTok, malah golongan berumur juga tidak terkecuali daripada menyerlahkan bakat mereka di platform itu.

Namun, lain pula dengan video yang tular di laman TikTok baru-baru ini yang menunjukkan seorang gadis menjawab panggilan ketika sedang asyik menggunakan aplikasi TikTok di telefon.



Girlfriend abang telefon tapi adik pula yang angkat

Menerusi video tersebut, kelihatan gadis itu sedang asyik melayan TikTok sehingga dia menerima satu panggilan telefon daripada nombor yang tidak dikenali.



Dia kemudian menjawab panggilan itu dan bertanya ingin bercakap dengan siapa dan pemanggil itu menjawab mahu bercakap dengan Alif iaitu abang gadis berkenaan yang ketika itu berada di tandas.

https://www.tiktok.com/@babykithes/video/6922041272555326722?referer_url=https%3A%2F%2Fsays.com%2F&referer_video_id=6922041272555326722&is_copy_url=0&is_from_webapp=v2&sender_device=pc&sender_web_id=6891592316085601794

 

Kantoi dapat tahu abang curang dengan awek lain



Namun, apa yang lebih mendebarkan adalah selepas pemanggil yang tidak bersuara itu memperkenalkan dirinya sebagai teman wanita kepada abangnya.

Disebabkan itu, gadis berkenaan bertanya adakah nama perempuan itu Sarah kerana dia mengetahui nama kekasih abang itu bernama Sarah saja.

Walau bagaimanapun, jawapannya berbeza apabila perempuan itu mengatakan namanya ialah Hana membuatkan gadis itu keliru dan memberitahu mungkin perempuan itu salah nombor.

Gadis berkenaan terus bertanya kepada abangnya itu sejurus dia keluar dari tandas mengenai Hana.



Malah, dia sempat memberitahu perempuan tersebut bahawa dia mungkin telah dicurangi oleh abangnya sebelum mengakhiri perbualan itu.

“Aku kalau ada adik, aku syak adik aku mesti majal aku macam ni” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat video berkenaan dan ada yang memberikan pendapat mereka masing-masing mengenai situasi itu.



Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 71.4K likes, 1297 comments dan 1691 shares di laman TikTok.

Berikut di bawah adalah komen-komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image from @babykithes (TikTok)

Image via @babykithes (TikTok)



Confirm mengamuk si Hana tu kalau dapat tahu dia kena curang. Mungkin lepas ni ada part 2 :- Seismik

[VIDEO] ‘Itu Bukan Anak Saya”, Suami Kantoikan Isterinya Curang Selama 3 Tahun Dengan Kawan Sendiri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker