Penampilan ramai muka baharu bukti kematangan politik BN – Noraini

Penampilan ramai muka baharu bukti kematangan politik BN – Noraini

Keberanian Barisan Nasional (BN) meletakkan lebih 85% muka baharu sebagai calon pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka menunjukkan kematangan politik gabungan itu dalam mendepani perubahan landskap politik negara.

Ketua Wanita BN Noraini Ahmad berkata, ia selari dengan kempen BN kali ini iaitu memastikan ‘Kestabilan Demi Kemakmuran’.

Jelasnya, wanita BN yakin calon dipilih mampu memberikan kemenangan sekali gus menubuhkan sebuah kerajaan negeri yang stabil.

“Wanita BN mengucapkan terima kasih kepada kepimpinan parti atas kepercayaan meletakkan calon baharu termasuk dalam kalangan wanita untuk mewakili gabungan ini dalam PRN Melaka.

“Kami akan memberi komitmen penuh untuk memastikan kemenangan bukan sahaja kepada calon wanita tetapi semua calon BN yang bertanding. Insya-Allah,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan Berita Harian.

Hari ini, Pengarah Pilihan Raya BN Mohamad Hasan, mengumumkan 28 calon pada PRN Melaka sekali gus bertanding secara bersendirian tanpa kerjasama parti lain.

Dalam sidang media itu, Mohamad berkata, Umno menampilkan 20 calon, tujuh diwakili MCA dan satu kerusi MIC.

Noraini berkata pergerakan itu juga telah merangka pelbagai strategi bagi membantu sepanjang kempen dijalankan.

“Strategi ini bersesuaian dengan cara berkempen dalam suasana norma baharu sebagaimana ditetapkan oleh kerajaan,” katanya.

PRN Melaka yang akan diadakan pada 20 November ini menyaksikan lima calon wanita ditampilkan iaitu tiga daripadanya mewakili wanita Umno dan masing-masing satu dari puteri dan MCA. FMT

Penampilan ramai muka baharu bukti kematangan politik BN – Noraini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Siakap Kayangan: Pelanggan bidas semula jawapan restoren ‘Menipu kuat’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker