Bom paip meletup di Yala, anggota polis , rakan sekerja parah


YALA: Seorang anggota polis maut dan seorang lagi cedera parah dalam satu serangan bom paip di pos kawalan keselamatan di daerah Raman di sini.

Dalam kejadian kira-kira 6.45 petang (waktu tempatan) semalam, lapan anggota polis sedang bertugas untuk mengawal keselamatan orang awam yang sedang berbuka puasa.

Ketua Polis Wilayah Yala Tinnakorn Rangmat berkata, dua lelaki menaiki sebuah motosikal mendekati pos kawalan keselamatan dan melontarkan bom paip.

Selain itu, kata beliau, suspek turut melepaskan beberapa das tembakan ke arah pos kawalan sebelum melarikan diri.



“Dua anggota polis yang sedang bertugas cedera parah. Mereka dikejarkan ke hospital.

“Seorang meninggal dunia di hospital dan seorang lagi cedera parah dan kini sedang menerima rawatan di hospital,” kata beliau kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian.

Sementara itu, satu lagi insiden serangan bom paip berlaku kira-kira 11.45 pagi (waktu tempatan) hari ini di daerah Resak, Narathiwat.

Dua lelaki yang menaiki motosikal melontarkan bom paip ke arah pos kawalan keselamatan namun tiada kecederaan dan kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian itu. FMT



Bapa, anak perempuan antara 3 maut dalam serangan di Pattani

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker