Pemimpin PH Sarawak pertahan Tiong berhubung insiden KLIA

Pemimpin PH Sarawak pertahan Tiong berhubung insiden KLIA

Seorang pemimpin Pakatan Harapan (PH) Sarawak mempertahankan Menteri Pelancongan, Seni, dan Budaya Tiong King Sing berhubung insiden di KLIA dan dakwaannya mengenai aktiviti rasuah yang melibatkan Jabatan Imigresen.

Setiausaha PH Sarawak, Alan Ling, berkata beliau percaya Tiong tidak mempunyai agenda peribadi ketika ke lapangan terbang apabila mengetahui kesukaran yang dihadapi seorang warga China yang cuba memasuki negara itu, lapor Borneo Post.



“Setiap menteri, timbalan menteri dan penjawat tertinggi kerajaan mesti kerap ‘turun padang’ walaupun tanpa makluman awal supaya mereka dapat melihat keadaan sebenar di lokasi.

“Jangan rancang lawatan rasmi di mana segala-galanya dipersembahkan dengan baik, maka lawatan anda tidak akan ada tujuan kecuali sebagai formaliti semata-mata,” katanya yang dipetik dalam laporan itu.

Alan, yang juga setiausaha DAP negeri, berkata beliau juga memahami bahawa semua warga China perlu mendapatkan visa sebelum masuk ke Malaysia, kerana mereka tidak layak mendapat kemudahan visa semasa ketibaan.

“Seorang pegawai Imigresen biasanya orang pertama yang ditemui warga asing selepas mendarat di lapangan terbang. Oleh itu, pegawai ini mestilah mesra dan beretika semasa mengesahkan dokumen pelawat. Ia harus dilakukan secara profesional dan tanpa prejudis terhadap mana-mana warga asing,” katanya.



Ling menggesa Kementerian Dalam Negeri (KDN) memastikan kakitangan Jabatan Imigresen di lapangan terbang dan semua pusat pemeriksaan tidak terlibat dalam aktiviti yang boleh mencemarkan imej negara.

Beliau turut mencadangkan supaya prosedur operasi standard (SOP) yang disemak semula diguna pakai dalam mengatasi segala negatif dan persepsi buruk yang dilemparkan kepada jabatan itu, terutama dalam berurusan dengan pelancong di sempadan dan pusat pemeriksaan.

“Jabatan Imigresen sepatutnya menerima penemuan dan pendedahan menteri (Tiong) secara terbuka dan melakukan penilaian kendiri, selain mendengar kebimbangan yang dibangkitkan masyarakat umum,” katanya.

Pada Jumaat, Tiong membuat dakwaan budaya rasuah membabitkan Jabatan Imigresen yang meminta bayaran RM3,000 untuk membebaskan pelancong yang ditahan dan tambahan RM3,000 untuk pulang segera ke negara asal.



Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan berkata akan bertemu Tiong hari ini berhubung dakwaan rasuahnya dalam kalangan pegawai imigresen di KLIA. FMT

Pemimpin PH Sarawak pertahan Tiong berhubung insiden KLIA

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Ini sebab Mamat tidak hadir majlis pernikahan Shuib

Bangun Pagi Dah Ada Husband – Watie



Shuib tak jemput Sepahtu ke majlis nikah?

Shuib tersalah sebut nama isteri



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker