Dua maut tercampak, kereta langgar pembahagi jalan
Dua maut selepas tercampak keluar dari kereta dinaiki mereka yang terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di jejambat Padang Jawa, Seksyen 7, Lebuhraya Persekutuan dari arah Kuala Lumpur menghala ke Klang, di sini pada Khamis.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, mangsa dikenali sebagai Merioh Asok, 26, dan Yahaya Ampiu, 26, meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, panggilan kecemasan berhubung kejadian itu diterima pada jam 7.09 pagi.
“Siasatan awal mendapati kemalangan membabitkan sebuah Perodua Alza dipandu seorang lelaki berusia 21 tahun bersama tiga penumpang.
“Kereta dipandu lelaki terbabit hilang kawalan lalu melanggar pembahagi jalan menyebabkan dua penumpang tercampak atas jalan dan disahkan meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Norazam berkata, pemandu lelaki terbabit cedera parah tersepit di bahagian hadapan kenderaan dan berjaya dikeluarkan pasukan bomba.
“Seorang lagi penumpang berjaya keluar dari kenderaan dan mengalami cedera ringan,” ujarnya.
Beliau memberitahu, dua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang untuk menerima rawatan
Dua maut tercampak, kereta langgar pembahagi jalan
Baca Artikel Menarik :
- Anzalna tidak tahu bapa jadi CEO Finas
- Sudah tiada jalan BN, PN berunding
- DAP dakwa jika letak ‘patung’ di Kota Laksamana pun boleh menang
- Debat Kabotaj, Guan Eng tak dapat lawan Ka Siong
- Jangan Percaya Ujian ‘Saliva’ Atau Antigen – Shahrulezad
- PAS tidak akan beri undi jika BN-PN bertembung di PRN Melaka
- Lelaki ditahan pukul, bunuh, tanam mayat kekasih
- Ketua Pengarah Maritim ‘kong kali kong’, kasi tukar
- Kaedah Mencari Barang Hilang Menurut Islam
- Resepi laksa goreng seafood sempoi
- Mat Sabu persoal status siasatan dakwaan bekas KPN tentang rasuah dalam politik
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.