PRN Sarawak dalam masa 60 hari bermula hari ini

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menamatkan proklamasi darurat di Sarawak yang berkuat kuasa sejak 2 Ogos lalu.

Ini akan membuka jalan supaya pilihan raya negeri dapat diadakan dalam tempoh tempoh 60 hari dari tarikh hari ini.

DUN Sarawak sepatutnya terbubar pada 7 Jun lalu selepas cukup lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya diadakan.

Bagaimanapun peruntukan itu tidak dapat berkuat kuasa disebabkan pelaksanaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 akibat penularan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia tahun lalu dan juga tahun ini.

Menurut Istana Negara dalam satu kenyataan, permohonan bagi menamatkan proklamasi itu dibuat oleh Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Abdul Taib Mahmud ketika menghadap Seri Paduka di Kuala Lumpur, semalam.

Ini selaras dengan Seksyen 2 Ordinan Darurat (Kuasa-kuasa Perlu) (Sarawak) 2021 yang menyatakan proklamasi darurat boleh ditamatkan lebih awal oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

 

Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Azuan Effendy Zairakithnaini, berkata baginda memberi perkenan selepas menerima sembah nasihat Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, hari ini.

“Maka setelah menimbang permohonan Yang di-Pertua Sarawak dan memperhalusi sembah nasihat Perdana Menteri serta sembah taklimat Peguam Negara dan pandangan ketua-ketua agensi kerjaan berkenaan, Seri Paduka telah bersetuju memberi perkenaan supaya Proklamasi Darurat bagi negeri Sarawak ditamatkan,” katanya.

DUN Sarawak sepatutnya terbubar pada 7 Jun lepas selepas cukup lima tahun dari tarikh mesyuarat pertamanya diadakan.

Bagaimanapun peruntukan itu tidak dapat berkuat kuasa disebabkan pelaksanaan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Menurut Azuan Effendy, penamatan proklamasi darurat itu adalah satu keputusan yang sukar dan rumit buat baginda.

“Seri Paduka menzahirkan kegusaran baginda terhadap risiko peningkatan penularan jangkitan Covid-19 sekiranya PRN Sarawak diadakan.

“Pada hemat Sei Paduka Baginda, negara masih bergelut menghadapi ancaman Covid-19 dan penularan wabak ini masih di tahap yang membimbangkan.

 

Namun, ia diperkenakan bagi memenuhi keperluan demokrasi dan mengembalikan kuasa kepada rakyat untuk membuat pilihan serta memberi mandat kepada kerajaan negeri yang baru katanya.

Menurut Azuan Effendy, sesungguhnya Seri Paduka menegaskan bahawa keselamatan dan kesejahteraan rakyat jelata perlu diberi keutamaan dan sentiasa mengatasi kepentingan peribadi dan politik.

Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja itu berkata perkenan Seri Paduka itu adalah selaras dengan Perkara 40 dan 40 (1A) Perlembagaan Persekutuan.

PRN Sarawak dalam masa 60 hari bermula hari ini.

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU</a


Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker