Hanya 14% kumpulan M1 layak dapat BKM – Eddin Syazlee

Hanya 14% kumpulan M1 layak dapat BKM – Eddin Syazlee

Hanya 14% daripada kumpulan berpendapatan M1 layak menerima Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan dalam Bajet 2022, kata Timbalan Menteri Hal Ehwal Ekonomi Eddin Syazlee Shith.

M1 adalah merangkumi 10% daripada mereka yang dikategorikan dalam kumpulan M40.



Eddin memberitahu Dewan Rakyat bahawa kumpulan itu mempunyai lingkungan pendapatan sekitar RM4,850 dan RM5,880 sebulan.

“Bantuan terbaru kerajaan, BKM, hanya untuk mereka yang berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan.

“Jadi dalam kategori M1, daripada 10% ini (M40), hanya 14% layak menerima BKM,” katanya yang menjawab soalan Cha Kee Chin (PH-Rasah).

Katanya, bantuan lain yang disediakan untuk M40 di bawah Bajet 2020 termasuk pelepasan cukai dan kemudahan pengeluaran untuk pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).



Eddin berkata, Jabatan Perangkaan mendapati purata pendapatan isi rumah bulanan rakyat Malaysia telah menurun sebanyak 10.3% kepada RM7,089 tahun lalu, berbanding RM7,901 pada 2019.

Sementara itu, 2% atau kira-kira 600,000 isi rumah daripada kumpulan M40 telah turun kepada kategori B40 akibat pandemik Covid-19.

Eddin berkata, satu lagi kajian mengenai purata pendapatan isi rumah akan dilaksanakan tahun depan.

Mengulas cadangan Che Abdullah Mat Nawi (PAS-Tumpat) supaya pemprofilan geografi dilakukan bagi memastikan langkah bantuan yang lebih strategik, Eddin berkata ia adalah antara perkara yang sedang dikaji oleh Putrajaya. FMT



Hanya 14% kumpulan M1 layak dapat BKM – Eddin Syazlee


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kalau lihat jasad Zulfarhan, saya tak boleh nak bayangkan – Hakim



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker