Isteri dirantai suami kerana main TikTok

Isteri dirantai suami kerana main TikTok

JAKARTA – Gara-gara sering bermain TikTok, seorang wanita dirantai oleh suaminya bagi mengelakkannya daripada terus menggunakan aplikasi tersebut, lapor laman berita Suara.com semalam.

Video yang tular itu dikongsikan seorang pengguna dengan nama @ann***.

Dalam video tersebut, si isteri kelihatan sedang duduk di ruang tamu rumahnya dengan keadaan kaki kirinya kelihatan diikat dengan satu rantai panjang.

Menurut keterangan pada video tersebut, wanita itu dipercayai dirantai kerana kerap bermain TikTok.

Malah, anaknya juga dikatakan gembira melihat dirinya dirantai memandangkan tidak perlu lagi melihat ibunya membuat kandungan TikTok.

Netizen yang menonton video tersebut meninggalkan pelbagai pendapat di ruangan komen.

“Ya, memang seharusnya dibuat begitu supaya tidak boleh kemana-mana,” demikian komen seorang netizen.

“Rasakan, disuruh memasak namun memilih untuk bermain TikTok,” komen netizen lain. K Online

Isteri dirantai suami kerana main TikTok


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker