11 individu dikaitkan laporan Edisi Siasat buat laporan
11 individu dikaitkan laporan Edisi Siasat buat laporan
Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman mengesahkan sudah menerima 11 laporan daripada individu yang dikaitkan dengan dakwaan kes salah guna kuasa dan rasuah sepertimana yang didedahkan Edisi Siasat melalui laman Twitternya @edisi_siasatmy.
Pengarahnya, Datuk Mohd. Kamarudin Md Din berkata, siasatan dilakukan daripada pelbagai sudut termasuk aspek penafian individu yang didakwa.
“Kita kena siasat kedua-dua pihak membabitkan pengadu dan pengguna laman Twitter itu. Kita boleh menjalankan siasatan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
“Bagaimanapun, macam isu rasuah ia di bawah tanggungjawab Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), maka mereka boleh siasat perkara itu,” ujarnya ketika sidang akhbar di pejabat Komersial Bukit Aman, dekat sini hari ini.
Ketika ditanya berkenaan pengendali laman Twitter itu sama ada akan dipanggil untuk dirakam keterangan dalam masa terdekat, Mohd. Kamarudin menjelaskan, pihaknya masih dalam proses mengenal pasti individu di sebalik laman tersebut.
“Kita masih siasat siapa dalang di ‘belakang’ @edisi_siasatmy untuk mendapatkan maklumat lanjut,” katanya.
Terdahulu, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memaklumkan akan bekerjasama dengan mana-mana pihak yang membuat laporan polis berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan rasuah sepertimana yang didedahkan pengendali laman sosial Edisi Siasat.
Menerusi laman Twitter @edisi_siasatmy mendedahkan beberapa pegawai tertinggi di Bukit Aman menjual pangkat dalam Polis Diraja Malaysia (PDRM), selain menyalahgunakan kuasa dan menerima rasuah termasuk dalam bentuk kambing dan lembu.
Pihak terbabit juga memetik pengarah pengurusan tertinggi agensi penguat kuasa didakwa cuba melindungi sindiket dan terbabit rasuah. K Online
11 individu dikaitkan laporan Edisi Siasat buat laporan
Baca Artikel Menarik :
- Nazim Othman mandi pun handsome
- Saya harap Allah beri hidayah kepada mereka – Saarani
- LHDN tuntut Addy Kana bayar cukai pendapatan RM1.4 juta
- Kerajaan bawa masuk Ahmad Idham, Eizlan Yusof ke Wisma Putra
- Tular 2 Penunggang Kapcai Bantu Tolak Motosikal Polis Trafik PDRM [VIDEO]
- Rumah Madu Ku Berhantu Dikritik Meskipun Belum Tayang Di Pawagam
- Sentuh sensitiviti Islam: UMNO minta DAP ambil tindakan atas Ronnie Liu
- Kerap guna ‘tisu basah’ boleh mati pucuk
- Bekas ratu cantik Romania dipecat kerana terlalu cantik
- Penjual tawar baju kalis santau, saka dan sihir
- Bersatu tergelincir dari landasan , Pak Wan akan umum sesuatu
Layari Laman Facebook MYKMU
‘Bapa Lockdown Malaysia’ Punca Kehancuran Kewangan, Kehidupan Rakyat – Najib [VIDEO]