PH belum muktamad kerjasama dengan BN dalam PRN – Saifuddin

PH belum muktamad kerjasama dengan BN dalam PRN – Saifuddin

Pakatan Harapan (PH) belum memuktamadkan keputusan sama ada akan bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi enam Pilihan Raya Negeri (PRN) atau sebaliknya.

Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata ia berikutan fokus gabungan itu ketika ini adalah untuk mewujudkan dan memperkasa keserasian bersama BN dalam menerajui Kerajaan Perpaduan.



Beliau bagaimanapun, tidak menolak kemungkinan untuk membincangkan potensi kerjasama antara PH dan BN bagi tujuan demikian bergantung kepada kesesuaian serta keperluan bagi tujuan itu.

“Namun, tumpuan utama PH adalah untuk menggerakkan Kerajaan Persekutuan bagi mendepani pelbagai isu berbangkit yang membelenggu masyarakat.

“Ketika ini perbincangan belum sampai ke situ (kerjasama dengan BN bagi menghadapi enam PRN) sama ada akan wujud kerjasama, persefahaman atau gabungan politik. Itu belum kita bincangkan lagi.

“Fokus kita adalah mewujudkan keserasian Kerajaan Perpaduan. Dalam konteks ini supaya kerajaan berfungsi dan perlu dilihat (sebagai) kompak dan intact (utuh), barulah keyakinan rakyat akan dapat dibina,” katanya yang juga Menteri Dalam Negeri.



Beliau berkata demikian pada sesi temu bual Naratif Khas bertajuk ‘Jaminan Keselamatan dan Perpaduan’ terbitan Berita RTM di Angkasapuri malam tadi. BH

PH belum muktamad kerjasama dengan BN dalam PRN – Saifuddin


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah



Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker