Ketua Wanita DAP puji bajet besar untuk polis tangani keganasan seksual

Sayap wanita DAP memuji langkah kerajaan menambah peruntukan bagi memperkasakan Bahagian Siasatan jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) dalam menangani jenayah seksual.

Dalam satu kenyataan hari ini, ketua wanita DAP, Chong Eng berkata, jumlah kakitangan yang tidak mencukupi sering disebut sebagai punca utama lemahnya penguatkuasaan undang-undang berkenaan keganasan berasaskan jantina.

Chong menggesa kerajaan turut memastikan sokongan diberikan terhadap mangsa keganasan seperti menambah bilangan rumah perlindungan dan menubuhkan mahkamah keluarga untuk menangani kes keganasan rumah tangga dan sumbang mahram.



“Kerajaan tidak boleh terhenti dengan hanya menambahkan peruntukan untuk polis dan mewujudkan tenaga kerja tambahan tetapi juga menangani keganasan berasaskan gender dan puncanya.

“Tolong jangan terlepas pandang bantuan yang akan diberikan kepada mangsa,” kata Chong.

Kerajaan memperuntukkan RM13 juta tambahan dan mewujudkan 100 perjawatan baru bagi pasukan D11 dalam Bajet 2022.

Sementara itu, Chong turut memuji langkah kerajaan mewajibkan semua syarikat senaraian awam melantik sekurang-kurangnya seorang pengarah wanita menjelang 1 Sept tahun depan.



Bagaimanapun, katanya adalah lebih baik sekiranya kerajaan mewajibkan pelantikan 30 peratus wanita dalam lembaga pengarah.

Kedua-dua langkah ini, kata Chong, merupakan inisiatif untuk mencapai kesaksamaan gender antara lelaki dan wanita.

Chong merupakan anggota exco Pulau Pinang yang bertanggungjawab bagi pembangunan sosial dan hal ehwal agama bukan Islam serta merupakan Adun Padang Lalang.

Ketua Wanita DAP puji bajet besar untuk polis tangani keganasan seksual




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker