Resepi nasi daging berempah

Sebaran :

Resepi nasi daging berempah

Resepi nasi nasi daging berempah ini memang sedap dan mudah disediakan. Sesuai disajikan untuk seisi keluarga.

Jom cuba masak, senang saja.

BAHAN-BAHAN



1 kg beras basmati
200 gm minyak sapi
30 ml minyak masak
1 tin susu cair
2 batang serai – dititik
6 ulas bawang merah – kisar
2 ulas bawang putih – kisar
2 labu bawang besar – kisar
3 cm halia – kisar
2 gm kulit kayu manis
2 gm bunga lawang
2 gm bunga cengkih
2 gm buah pelaga
2 gm biji jintan manis
2 gm biji jintan putih

BAHAN B

800 gm daging cincang
2 gm biji ketumbar
2 gm biji sawi
2 gm lada hitam
2 gm halba
2 tangkai daun kari
1 liter air stok ayam
Garam secukup rasa

CARA MENYEDIAKAN



Basuh beras basmati dan tuskan. Ketepikan.
Tumiskan bawang merah, bawang putih, bawang besar, halia dan serai.
Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, jintan manis dan jintan putih. Tumis sehingga garing.
Kemudian masukkan ke semua bahan B. Apabila mendidih, masukkan susu cair.
Tuangkan kesemua campuran ini ke dalam beras basmati.
Rasakan garamnya. Kukus sehingga masak.

Dah pun siap. Nasi daging berempah ini kalau makan dengan dalca dan daging masak merah memang first class.

Resepi nasi daging berempah


Baca Artikel Menarik :



Layari Laman Facebook MYKMU

Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]


Sebaran :

Leave a Reply