‘Karen KLCC’ akhirnya dikenakan kompaun RM3,000

Tindakan seorang wanita warga asing yang enggan memakai pelitup muka ketika memasuki sebuah butik mewah di KLCC menerima padah apabila dikenakan kompaun sebanyak RM3,000.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya berkata, tindakan kompaun dikeluarkan di bawah Peraturan 17 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempatan jangkitan) Pelan Pemulihan Negara) 2021.

“Kesalahan pertama tidak mematuhi arahan ketua pengarah kesihatan apabila gagal mendaftar masuk ke premis menggunakan aplikasi MySejahtera di kawasan capaian internet yang luas.



“Kesalahan kedua tidak mematuhi arahan ketua pengarah kesihatan apabila gagal memakai pelitup muka ketika berada di dalam premis,” kata Noor Dellhan dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 27 Okt lalu, tular satu klip video menunjukkan seorang wanita menimbulkan kekecohan selepas dia dilarang memasuki sebuah butik di KLCC tanpa memakai pelitup muka. Tindakan wanita itu menimbukan kemarahan netizen.

Dalam klip video pendek itu, wanita itu mendakwa kakitangan butik itu telah menolaknya, namun dinafikan kakitangan berkenaan.

Wanita itu juga didengar berkata “Anda tidak boleh menghalang saya, ini adalah negara bebas. Awak bukan pemilik kedai ini”.



Sejurus selepas video pertama tular, satu lagi klip video menunjukkan seorang wanita warga asing cuba memasuki sebuah pusat beli-belah di Bangsar tanpa memakai pelitup muka turut tular di media sosial.

Polis mengesahkan individu berkenaan adalah wanita yang sama.


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker