Ahmad Fadhli Shaari kini ketua pemuda PAS yang baharu

Bekas timbalan ketua pemuda Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ahmad Fadhli Shaari dipilih menerajui kepimpinan DPPP bagi menggantikan Khairil Nizam Khirudin.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan PAS, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman mengumumkan keputusan pemilihan itu di Ibu Pejabat PAS Pusat hari ini.

Ahmad Fadhli memenangi jawatan itu dalam pertandingan dua penjuru menewaskan Adun Kubu Gajah, Khalil Yahya dengan memperolehi 508 undi.



Ahli Parlimen Pasir Mas itu menggantikan tempat Kharil Nizam yang sebelum ini mengumumkan keputusan untuk tidak mempertahankan jawatan berkenaan.

Sementara itu, jawatan timbalan ketua DPPP dimenangi oleh Afnan Hamimi Taib Azamudden yang memperoleh sebanyak 489 undi.

Manakala Hanapi Zulkafli pula dipilih sebagai naib ketua pemuda PAS Pusat dengan meraih 473 undi.

Jawatan Pengerusi Tetap pula disandang oleh Riduan Mohd Noor yang menang tanpa bertanding manakala Timbalan Pengerusi Tetap disandang oleh Nor Azariza Mohd Alawi.



Muktamar Dewan Pemuda PAS Malaysia kali ke-62 diadakan di Port Dickson, Negeri Sembilan, selama dua hari.

Dalam pemilihan itu seramai 709 perwakilan layak mengundi, manakala 636 undi diterima.

Berikut keputusan pemilihan DPPP:

KETUA PEMUDA:



Ahmad Fadhli Shaari (508 undi)

TIMBALAN KETUA PEMUDA:

Afnan Hamimi Taib Azamudden (489 undi)

NAIB KETUA PEMUDA:



Hanafi Zulkapli (473 undi)

AJK:

1. Hafeez Sabri (610 undi)

2. Ahmad Nawfal (511 undi)



3. Hanif (483 undi)

4. Khidir (479 undi)

5. Khairul Nadzir (470 undi)

6. Wan Abu Bakar (433 undi)



7. Arififaizo (425 undi)

8. Abd Malek (424 undi)

9. Hilmi Ismail (412 undi)

10. Nurul Amin (412 undi)

11. Saifuddin Hassan (376 undi)

12. Ahmad Bilal (354 undi)

Ahmad Fadhli Shaari kini ketua pemuda PAS yang baharu


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tuntutan pengeluaran KWSP gagal, rakyat mengadu pada Bossku

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker