Gembira air terjun bertukar duka air mata

Gembira air terjun bertukar duka air mata

HULU SELANGOR: Kegembiraan lima remaja lelaki mandi di Air Terjun Ulu Yam dekat sini, hari ini bertukar air mata selepas seorang daripada mereka ditemui lemas.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Hafiz Khalil, 17, dan mayatnya ditemui pasukan penyelamat pada jam 4.42 petang.



Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Hafisham Mohd Noor berkata, pihaknya menerima maklumat kehilangan mangsa pada jam 3.45 petang.

Katanya, sepasukan tujuh anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang dihantar ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Selangor.

“Berdasarkan maklumat, lima remaja lelaki berusia 13 hingga 17 tahun mandi di tempat kejadian sebelum seorang daripadanya dikatakan tenggelam sebelum dipercayai lemas.

“Mangsa ditemui tidak lama selepas itu dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.



Hafisham berkata, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. FMT

Gembira air terjun bertukar duka air mata


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Bergadai Nyawa Selamatkan 2 Beranak Terperangkap Dalam Insiden Kepala Air [VIDEO]



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker