Terlalu bebas! Akta berkait arak lebih spesifik perlu diperkenal

Akta baharu yang lebih spesifik terhadap barangan sensitif seperti minuman keras perlu segera diperkenalkan.

Ia penting demi mengawal pengeluaran minuman keras di negara ini, selain menjaga keharmonian penduduk berbilang kaum.

Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Haji Aminuddin Yahaya berkata, melalui akta tersebut diharapkan ia mampu memantau perjalanan perniagaan minuman keras supaya tidak terlalu bebas seperti hari ini.

“Dengan adanya peraturan tersebut, kita boleh pantau bermula dari awal sehingga ke peringkat pasaran, supaya ada sahaja kekurangan dan kelemahan boleh di atasi secara terus.

“Malah, pengeluaran tidak boleh sewenang-wenang membuat apa sahaja mengikut idea pengusaha.

“Sebab itu perlu ada garis panduan tertentu bagi kawal keadaan ini, memandangkan usaha untuk menutup kilang minuman keras ini tidak boleh dilaksanakan kerana itu adalah hak orang bukan Islam di negara kita, jadi pemantauan yang lebih ketat dan teratur perlu dilakukan,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kesediaan pengeluar minuman keras jenama ‘Timah’ iaitu Winepark Corporation (M) Sdn Bhd untuk menukar nama dan imej di logo produk keluarannya dalam tempoh masa seminggu.

Keputusan dicapai dalam pertemuan wakil syarikat berkenaan bersama pihak kerajaan yang diadakan secara hybrid, kelmarin.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata, kelonggaran penguatkuasaan dilihat menjadi punca kepada pelbagai permasalahan yang berlaku selama ini.

Sehubungan itu, PEMBELA meminta kerajaan Pusat dan pihak berkuasa tempatan untuk duduk semeja mencari solusi terbaik dalam mewujudkan undang-undang lebih khusus menguruskan hal melibatkan minuman keras supaya isu sama tidak berulang.

“Kita perlu segera bertindak bagi mengawal keadaan sebelum keadaan menjadi lebih parah.

“Kita tidak mahu sikap diplomasi yang kita gunakan hari ini berulang dan ada pihak ambil kesempatan di atas kelonggaran peraturan ini,” ujarnya.

Dalam masa sama, beliau turut menasihati pengusaha minuman keras supaya lebih peka dan sensitif dengan suasana negara ini yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi.

“Seharusnya mereka mengkaji dan menilai sesuatu sebelum mengeluarkan produk, jangan hanya fikirkan kemodenan dan keuntungan semata-mata.

“Tetapi buka mata dan pandang sekeliling di mana kita berpijak, kena sedar yang tempat mereka berniaga ini ada sebuah negara Islam dan majoriti juga masyarakat Islam, jadi perlu fahami budaya dan batas-batas berkenaan,” katanya.

 


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Syarikat pengeluar arak Timah pertimbang tukar nama, imej

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker