Syarikat pengeluar arak Timah pertimbang tukar nama, imej

Syarikat pengeluar arak Timah Winepark Corporation (M) Sdn Bhd akan mempertimbang menukar nama serta imej pada label produk keluaran mereka.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Alexander Nanta Linggi dalam kenyataan berkata, syarikat berkenaan memohon tempoh satu minggu untuk berbincang dengan pemegang saham dan lembaga pengarah mereka bagi menukar nama dan imej pada label produk arak keluaran mereka.

Terdahulu, pengurusan syarikat pengeluar arak itu dalam kenyataan di Facebook menjelaskan beberapa maklumat salah yang tersebar bagi mengelakkan salah faham.



Katanya, perkataan “Timah” itu merujuk logam timah, manakala jenama “Timah Whiskey” adalah sempena perlombongan bijih timah ketika Tanah Melayu ditadbir British.

Gambar lelaki berjanggut dengan penutup kepala pula adalah Kapten Speedy, yang memperkenalkan budaya minum wiski pada zaman itu.

Namun kenyataan ini disangkal oleh ahli sejarah yang menafikan kaitan Captain Speedy dengan wiski.

BERITA LANJUT MENYUSUL



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214



Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Syarikat pengeluar arak Timah pertimbang tukar nama, imej




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker