UMNO sah bersama Pas di PRN Melaka
KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara memutuskan untuk meneruskan persefahaman dengan Pas dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, keputusan tersebut dibuat selaras dengan ketetapan Perhimpunan Agung UMNO 2020 iaitu memperkukuhkan Muafakat Nasional (MN).
“Asas persefahaman dengan Pas berpandukan kepada prinsip bahawa parti itu menggunakan lambang partinya sendiri selaras dengan semangat dan ketetapan Jawatankuasa Induk Muafakat Nasional dalam Mesyuarat pada 19 Oktober 2020 dan 18 November 2020.
“Ini adalah untuk mengelakkan pertembungan sesama sendiri dan pada masa yang sama mengekalkan penggunaan lambang parti masing-masing dalam pilihan raya,”katanya pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Khas MKT UMNO di Menara Dato Onn, di sini sebentar tadi.
Dalam pada itu, mesyuarat khas tersebut juga turut bersetuju melantik Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan sebagai Pengarah PRN Melaka.
“MKT juga memberikan mandat kepada Presiden dan Timbalan Presiden serta Perdana Menteri untuk memuktamadkan sebarang keputusan berkaitan PRN Melaka,” tambahnya
UMNO sah bersama Pas di PRN Melaka
Baca Artikel Menarik :
- Apabila hati penjawat awam sudah terhiris
- Peguam dakwa penangkapan Aryan Khan langgar Perlembagaan
- Remaja terpelanting, maut dipanah petir
- Ada yang meniru dari nama hingga ke warna baju – Najib
- Ular sama tak akan patuk kali kedua, Zahid sindir Bersatu
- Tommy Thomas disaman Najib kali kedua
- Mahu Kembali Jadi Fatah, Lucinta Luna Mengaku Penat Jadi Perempuan,“Cukuplah..Saya Takut Dosa”[VIDEO]
- Bersatu hilang arah, keputusan UMNO pergi solo tepat
- Resepi ayam masak lapis memang best
- Tuhan tarik nikmat bebas memandu Sharifah Sakinah
- 9 daripada 10 tidak mahu UMNO bersama BERSATU
Layari Laman Facebook MYKMU</a
PRN Melaka: Rundingan UMNO, PN positif – Ahmad Samsuri