PRN Melaka: Rundingan UMNO, PN positif – Ahmad Samsuri

PRN Melaka: Rundingan UMNO, PN positif – Ahmad Samsuri

Rundingan antara parti dalam Perikatan Nasional (PN) dan UMNO untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November depan menunjukkan tanda positif.

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar, berkata rundingan bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru parti dalam PN masih giat dijalankan.

“Perbincangan dilakukan bersama pimpinan tertinggi PAS, UMNO dan BERSATU untuk menghadapi PRN setakat ini menunjukkan tanda positif.

“Keputusan termasuk pengagihan kerusi akan dimuktamadkan sebelum hari penamaan calon pada 8 November depan,” katanya pada sidang media selepas majlis penyerahan cek bayaran keuntungan kepada Lembaga Tabung Amanah Warisan (LTAWNT) di sini, hari ini.

Majlis penyerahan cek keuntungan bernilai RM1.87 juta itu diserahkan Pegawai Eksekutif TDM Berhad, Najman Kamaruddin kepada Setiausaha LTAWNT, Nor Azam A Rahman.

Mengulas jumlah kerusi yang akan ditandingi PAS, Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar enggan mengulas lanjut, sebaliknya berkata pengagihan kerusi pada PRN akan dilakukan secara adil untuk semua parti dalam PN.

“Perbincangan masih diadakan, tetapi kita yakin tidak akan berlaku pertembungan tiga penjuru,” katanya. BH

PRN Melaka: Rundingan UMNO, PN positif – Ahmad Samsuri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker