Parti komponen PH tanding PRN Melaka guna logo PH

Parti komponen PH tanding PRN Melaka guna logo PH

Parti komponen Pakatan Harapan (PH) akan bertanding pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka bulan depan bawah satu logo PH.

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berkata, perkara itu telah dipersetujui oleh Majlis Presiden PH.

“Keputusan kami di Melaka ialah kami bersetuju untuk bertanding bawah satu logo PH. Kami hanya akan bertanding guna logo PH dan bendera PH.

“Kita semua akan bertanding dengan satu logo, satu pendirian dan satu manifesto,” katanya pada sidang media bersama Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu.

PRN Melaka ditetapkan pada 20 Nov dengan tarikh pengundian awal 16 Nov, manakala hari penamaan calon 8 Nov.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka dibubarkan pada 5 Okt selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) termasuk bekas Ketua Menteri, Idris Haron menarik balik sokongan terhadap Ketua Menteri, Sulaiman Md Ali yang menyebabkan kerajaan negeri pimpinannya hilang sokongan majoriti.

DUN Melaka mempunyai 28 kerusi. Kerajaan negeri terdahulu mempunyai 17 kerusi dan 11 lagi milik pembangkang.

Sementara itu, Anwar berkata, PH juga sudah berbincang mengenai pembahagian kerusi dan memutuskan DAP kekal bertanding lapan kerusi, Amanah sembilan kerusi dan PKR bertanding 11 kerusi.

Beliau berkata, PH juga sudah membuat keputusan berhubung pembahagian kerusi Parlimen di Melaka.

“Kita putuskan PKR akan bertanding dua kerusi Parlimen, Amanah kekal dua kerusi dan DAP akan tambah kerusi Parlimen Alor Gajah yang merupakan kerusi tradisional DAP sebelum ini.

“Sebelum ini, kerusi Alor Gajah didesak oleh Bersatu pada pilihan raya lalu. Jadi kerusi ini akan kembali kepada DAP.

“Di Melaka satu permulaan baik dan kita telah putuskan (pembahagian kerusi) DUN dan Parlimen,” katanya. FMT

Parti komponen PH tanding PRN Melaka guna logo PH


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Minuman keras dibenarkan di bandar Arab Saudi?

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker