Lambat dapat minuman, pemuda bancuh air sendiri

Tangkap layar oleh @urlilboy seorang pemuda membancuh air untuk rakan-rakan selepas hampir setengah jam menunggu pesanan diambil.

PETALING JAYA – “Kawan ‘order’ (pesan) air tak sampai, jadi dia pergi dapur buat sendiri.”

Itulah perkongsian seorang pemuda yang merakam aksi rakannya membancuh minuman dipercayai di sebuah dapur restoran mamak.

Berdasarkan video berdurasi 56 saat yang dikongsi @urlilboy di TikTok, lelaki tersebut turut membancuh minuman untuk rakan-rakannya sebelum dibawa ke meja mereka.

Ketika kejadian, premis itu mungkin kekurangan pekerja berikutan keadaan meja yang masih lagi bersepah dan kotor.

“Semasa sampai meja bersepah. Hampir setengah jam menunggu pekerja ambil pesanan, namun mereka tak buat apa-apa.

“Jadi saya pergi dapur ambil kain lap meja dan bawa cawan kotor ke dapur sebelum buat air,” katanya.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai terhibur dengan aksi bersahaja pemuda tersebut melayan diri seperti berada di rumah sendiri.

“Walaupun dia tak kenal erti malu, tapi kawan-kawan macam ini memang berfungsi,” kata @Eyraazkria.

“Tak boleh nak marah dia sebab pesan minuman tak sampai, nasib buat air sahaja kalau dia masak sekali mungkin pemilik ambil dia bekerja,” ujar @Muhdadib.

Sehingga kini, perkongsian video itu meraih lebih 294,400 tontonan dan 58,000 tanda suka di akaun TikTok miliknya – K! ONLINE

Lambat dapat minuman, pemuda bancuh air sendiri


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Meta nama baru Facebook

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker