Tunang minta mas kahwin RM20 ribu, tinggal di kondo lepas nikah

PETALING JAYA – Ramai golongan lelaki yang menangguhkan hasrat berkahwin gara-gara tidak mampu memenuhi permintaan pihak wanita.

Seorang pengguna Twitter yang enggan dikenali baru-baru ini meluahkan perasaannya yang berbelah bahagi untuk meneruskan perkahwinan bersama tunangnya.

Jelasnya, tingkah laku pasangannya itu semakin hari mula menunjukkan perubahan sehingga membuatkan dia meragui wanita tersebut dan masa depan mereka.

“Perkara pertama, dia mahukan mas kahwin sebanyak RM20,000, itu belum termasuk cincin dan lain-lain berkaitan majlis perkahwinan.

“Saya juga diminta sediakan wang pendahuluan untuk kami menyewa sebuah kondominium selepas berkahwin,” kongsinya menerusi satu ciapan baru-baru ini.

Tambahnya lagi, tunangnya tidak mempunyai pekerjaan tetap dan hanya bergantung penuh dengan pendapatannya iaitu sebanyak RM3,000 sebulan.

Katanya, dia cuba berbincang dengan tunangnya agar mereka dapat berkongsi pendapatan bersama menyewa kondominium tersebut, namun tidak mendapat persetujuan.

“Dia merungut kata itu dan ini mengadu dia tak nak keluarkan duit untuk bayar deposit rumah. Saya boleh bayangkan lepas kahwin macam mana bingit dia,” ujarnya.

Dalam pada itu, ramai yang menitipkan pesanan kepada pemuda itu menerusi ruangan komen, dan meminta dia meninggalkan wanita berkenaan.

“Cari (wanita) lain sahaja, sepatutnya kalau dia nak mewah, dia kena bantu bersama, kalau dia sayang dia akan layan ikut kemampuan kau,” pesan @Alex99.

“Dia kena cari anak Datuk yang dibanjiri harta keturunan jika ‘high taste’ macam ini. Kerja pun tak ada, nak itu ini yang mewah, memalukan kaum wanita,” perli Ayuni.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Kaya Gila Suami Nynaa Harizal (Video)

Farid pujuk, Diana reject

Penyondol itu bukan bff saya – Shila Amzah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker