“Tipulah kalau saya tak sakit” – Elyana

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Elyana berterima kasih kepada khalayak yang mendoakan keadaan kesihatan dirinya agar terus sihat daripada menghidap penyakit kanser limfoma tahap empat.

Menerusi coretan di akaun Instagram miliknya tengah malam semalam, penyanyi popular menerusi lagu Kalis Rindu ini akur dengan takdir-Nya dan berharap semoga perkongsian berkenaan dapat menyuntik semangat buat penghidap kanser lain.

“Terima kasih kepada semua yang sudi mendoakan dan beri kata-kata semangat buat saya terus tersenyum.

“Tipulah kalau saya tidak sakit. Tapi saya tetap bersyukur kerana Allah SWT beri saya sakit dan gantikan kebahagian dalam jiwa saya.

“Semoga semangat ini terus memberi manfaat untuk mereka yang sedang sakit. Tidak mengapa, hadapi dengan senyuman,” katanya.

Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal, 34, berkata demikian selepas mendapatkan rawatan kemoterapi yang ketiga di Pusat Perubatan Subang Jaya.

Terdahulu, menerusi perkongsian hantaran sebelum ini, Elyana memaklumkan keputusan darah putihnya rendah namun telah menerima rawatan susulan pada bahagian perutnya.

“Alhamdulillah. Selesai kemoterapi yang ketiga. Hari ini keputusan darah saya, darah putih rendah 2.0. Jadi kena cucuk pulak energy booster (sejenis ubatan cecair) dekat perut. Apa-apa pun terus lawan,” ungkapnya.

Sementara itu diruangan komen, majoriti daripada pengikut dan peminatnya terus membanjiri ruangan berkenaan dengan doa-doa agar Elyana terus tabah dan cekal dengan dugaan dan ujian yang sedang dilaluinya ini.

“Tipulah kalau saya tak sakit” – Elyana


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU,NET


Zul Ariffin simpan sendiri soal agama

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker