Kedah serah Pulau Pinang kepada British, Ramasamy jawab Sanusi

Sebaran :

Kedah serah Pulau Pinang kepada British, Ramasamy jawab Sanusi

Seorang lagi pemimpin Pulau Pinang membidas Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor kerana menuntut “bayaran pajakan” RM100 juta setahun daripada kerajaan persekutuan atas dasar menghormati perjanjian era penjajah.

Kata Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang P Ramasamy, tiada asas bagi tuntutan itu, dan “tiada satu dokumen sejarah jelas” yang akan membuktikan bahawa Kedah memajakkan Pulau Pinang kepada British.

Beliau berkata demikian susulan kenyataan Ketua Menteri Chow Kon Yeow bahawa kerajaan negeri “tidak akan membayar apa-apa kepada Kedah”.



“Kerajaan persekutuan juga tidak perlu melayan apa-apa tuntutan yang luar daripada perjanjian dan persetujuan sedia ada,” kata Chow.

Semalam, Sanusi yang sering berbalah dengan kerajaan Pulau Pinang, menuntut RM100 juta setahun daripada kerajaan persekutuan sebagai “bayaran pajakan” bagi tanah di pulau dan Seberang Perai.

Kerajaan persekutuan membayar RM10,000 selama berdekad-dekad kepada Kedah bagi pihak Pulau Pinang sebagai bayaran pajakan, tetapi menaikkannya kepada RM10 juta setahun mulai 2018.

“Pemberian khas daripada kerajaan persekutuan berkaitan pajakan Pulau Pinang bermula 2018 adalah RM10 juta. Kita mohon bayaran royalti Pulau Pinang ini disemak dan dikaji semula mengikut nilai semasa dan tuntutan kita adalah RM100 juta,” katanya dalam sidang media.



Dalam catatan di Facebook, Ramasamy berkata: “Dokumen yang ada samar-samar dan tidak dapat difahami, tertakluk kepada tafsiran yang berbeza.

“Perlu difahami bahawa apa yang dipanggil pajakan atas Pulau Pinang dan tanah besar adalah sebagai tindak balas kepada pencerobohan ke atas Kedah dan negeri-negeri Melayu utara yang lain oleh Siam.

“Kedah menyerahkan Pulau Pinang sebagai balasan atas perlindungan yang ditawarkan pihak British.”

Walaupun tindakan pihak kerajaan persekutuan memberi pampasan kepada Kedah adalah sebagai tanda muhibah, beliau berkata, ia mungkin tiada kaitan dengan hakikat bahawa Pulau Pinang dipajak daripada Kedah.



“Bagaimanapun, Sanusi seolah-olah mentafsir sejarah sesuai dengan kepentingan politiknya yang sempit dan berat sebelah. Beliau fikir, dengan menggunakan sejarah, beliau mungkin mendapat peluang yang lebih baik untuk mendapat pampasan lebih besar daripada kerajaan persekutuan.”

Ramasamy berkata, tuntutan Sanusi “seolah-olah pemerasan” terhadap kerajaan persekutuan.

“Demi pengesahan sejarah, kerajaan persekutuan harus memulakan kajian mengenai sama ada Pulau Pinang sememangnya dipajak dari Kedah dan sama ada negeri itu adalah negeri yang berdaulat atau tidak pada masa itu.

“Sanusi bukan pakar untuk mentafsir sejarah ikut suka hati,” katanya. FMT

Kedah serah Pulau Pinang kepada British, Ramasamy jawab Sanusi


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Timbalan Menteri tersipu malu bila ditanya hendak bernikah ke?


Sebaran :

Leave a Reply