PRN Melaka: Kerjasama Muafakat Nasional bergantung pada PAS – Asyraf
PRN Melaka: Kerjasama Muafakat Nasional bergantung pada PAS – Asyraf
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berpandangan akar umbi parti itu lebih cenderung untuk bekerjasama dengan PAS.
Bagaimanapun, dia berkata bergantung kepada PAS sama ada kerjasama itu berlaku atau tidak.
“Tentulah ahli kita sangat harapkan Umno dan PAS kekal bersama.
“Tetapi semua bergantung kepada PAS (pada masa ini),” katanya ketika sidang media di ibu pejabat Umno hari ini.
Pada September 2019, Umno dan PAS mencatat sejarah dengan memeterai kerjasama Muafakat Nasional.
Dua parti itu kemudiannya bekerjasama dalam empat pilihan raya kecil, iaitu Tanjung Piai, Kimanis, Chini dan Slim.
Bagaimanapun, pada PRN Melaka yang bakal diadakan pada 20 November ini, PAS telah menyuarakan komitmen bertanding menggunakan tiket Perikatan Nasional (PN).
Pada masa sama, Umno pula pada perhimpunan agung yang lalu telah memutuskan untuk tidak lagi bekerjasama dengan Bersatu.
Asyraf berkata, keputusan muktamad berhubung kerjasama pada PRN Melaka akan diputuskan oleh kepimpinan Umno pada 28 Oktober ini.
Bagaimanapun, dia berkata yang parti itu sedia untuk bertanding tanpa kerjasama PAS.
“Kita telah bertanding sendiri selama lebih 60 tahun sebagai BN.
“Atas asas itu, saya tak fikir kita akan berdepan masalah sangat (untuk melakukannya),” katanya lagi. Mk
PRN Melaka: Kerjasama Muafakat Nasional bergantung pada PAS – Asyraf
Baca Artikel Menarik :
- Seleweng geran MITRA, SPRM tahan 16 pengarah syarikat
- Sajat sengaja bikin kontroversi untuk undang ugutan bunuh
- Najib jawab rungutan Mahathir
- Bekas pengurus Sajat bakal saman Harith Iskandar
- ‘Kuman Dalam Darah Semakin Mengganas’-Maria Tunku Sabri
- Pandelela ‘jawab’ Faizal Azumu
- Gara-Gara Rakam Tayang Payudara Luar Gereja Model Dihujani Ugutan Bunuh
- ‘Hantu Kak Limah’ rasa bersalah dan terkilan?
- Berpakaian seperti hantu, wanita maut ditembak jiran
- Cubaan Mohammed Bin Salman Untuk Bawa Arab Saudi Ke Arah Liberal
- Anak Soekarno jalani upacara masuk Hindu di Bali
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.