Ribut petir berserta hujan lebat di 12 negeri malam ini

Ribut petir berserta hujan lebat di 12 negeri malam ini

Amaran ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda beberapa kawasan di 12 buah negeri sehingga pukul 8 malam ini.

Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) menerusi satu kenyataan di Facebooknya berkata, cuaca tidak menentu itu akan melanda seluruh negeri Perlis serta Perak.

“Selain itu, bagi kawasan di negeri Kedah, keadaan hujan lebat serta ribut petir dijangka akan berlaku di Kubang Pasu, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu, manakala di Pulau Pinang di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

“Sementara itu, di Kelantan membabitkan kawasan Tumpat, Kota Bharu, Jeli dan Gua Musang, manakala bagi kawasan di negeri Terengganu di Besut, Setiu, Hulu Terengganu dan juga Kemaman,” katanya hari ini.

Tambahnya, cuaca tidak menentu itu juga dijangka akan melanda negeri Pahang membabitkan kawasan di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong dan Rompin, selain di Selangor pula di Hulu Selangor.

“Bagi kawasan di Negeri Sembilan pula di Jelebu, Seremban, Kuala Pilah dan Jempol, sementara di Johor di Mersing, Kulai, Kota Tinggi serta Johor Bahru.

“Ribut petir dan hujan lebat diramal akan melanda negeri Sarawak di Serian, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri (Beluru, Miri dan Marudi), dan Limbang manakala kawasan bagi negeri Sabah di Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Beluran) serta Kudat,” katanya. K Online

Ribut petir berserta hujan lebat di 12 negeri malam ini


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker