Hishammuddin jawab Saifuddin, kerajaan juga terikat dengan SOP

Hishammuddin jawab Saifuddin, kerajaan juga terikat dengan SOP

TIDAK perlu nak dipolitikkan soal prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka termasuk program rasmi kerajaan, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurut beliau, apa sahaja yang dilarang ketika PRN Melaka, ia juga akan mengikat anggota kerajaan.

“Tindakan yang sama rata mestilah diamalkan supaya rakyat tak lihat ada double standard dalam kita menguatkuasakan SOP sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen hari ini.

Beliau ditanya kebimbangan yang dibangkitkan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berhubung kemungkinan wujud dwi standard mengenai program menteri ketika PRN Melaka.

Justeru, Ahli Parlimen Kulim-Bandar Bharu mahu kerajaan berterus terang soal tersebut memandangkan urusan rasmi kerajaan dibenar di bawah SOP MKN tetapi program parti politik tidak dibolehkan di bawah SOP SPR.

Menurut Hishammuddin, memanglah majlis kahwin kenduri dan program rasmi kerajaan dibenar di negeri-negeri di bawah Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN) termasuk Melaka.

Namun, pada masa sama beliau mengingatkan bahawa suasana Fasa 4 PPN dan PRN Melaka tidak boleh disamakan.

“Tak perlu dipolemik dan dipolitikkan,” jelasnya.

Menurut Hishammuddin, bagaimanapun apa dibangkitkan pemimpin pembangkang itu akan dibawa ke Kabinet.

Pada masa sama, katanya, larangan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia diambil kerana trend yang berlaku sebelum ini apabila banyak perhimpunan serta majlis diadakan walaupun mungkin dianggap sosial tetapi ada kaitan dengan pilihan raya.

“Jadi, itu trend yang kita tidak boleh benarkan ketika ini kerana SPR hanya dipertanggungjawabkan dalam perjalanan pilihan raya (PRN) Melaka selepas 8 November.

“Sebelum 8 November tanggungjawabnya di bawah Akta 342 berada di atas bahu KKM, dipantau oleh MKN dan dikuat kuasa oleh KDN (Kementerian Dalam Negeri),” katanya.

Sebelum ini, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya termasuk majlis pelancaran jentera pilihan raya dilarang bermula 25 Oktober hingga 27 November 2021.

Menurut Khairy, larangan tersebut ditetapkan meskipun SPR bakal mengumumkan SOP PRN dalam masa terdekat. Utv

Hishammuddin jawab Saifuddin, kerajaan juga terikat dengan SOP


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU

Kekayaan Elon Musk kini RM1 trilion

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker