PM hantar utusan bantu anak P. Ramlee

Perdana Menteri Anwar Ibrahim mengutuskan Setiausaha Politik, Ahmad Farhan Fauzi untuk menyampaikan bantuan daripada pihaknya kepada Sazali P Ramlee hari ini.

Anwar berharap bantuan diberikan sedikit sebanyak boleh meringankan beban ditanggung Sazali.

Menurut Anwar, kini isteri Sazali, Hamidah Hitam, 61, juga memerlukan perhatian dan rawatan segera dari doktor akibat masalah tulang belakang dan saraf di leher.

“Baru-baru ini timbul laporan yang memberitakan penderitaan yang merundung Sazali yang merupakan anak kepada seniman agung negara, almarhum P Ramlee.



“Malang buat Sazali tatkala terlibat dengan kemalangan hingga jatuh dalam kategori Orang Kurang Upaya (OKU) dan tidak lagi punya kekuatan untuk bekerja dan mencari rezeki.

“Alhamdulillah, saudara Farhan telah berjumpa Sazali petang tadi,” katanya pada hantaran di media sosial.

Terdahulu, Sazali, 64, dilaporkan berhasrat untuk bertemu Anwar bagi meluahkan keluh-kesah mengenai masalah kewangan yang dihadapi.

Katanya, dia tidak mampu mengumpul dana untuk membiayai kos pembedahan Hamidah yang berjumlah RM14,000.



Pada masa sama, katanya kesempatan itu ingin digunakan bagi membincangkan kontrak royalti 50 tahun P Ramlee yang sudah tamat pada 50 Mei lalu. Kontrak berkenaan tamat 50 tahun selepas kematian Seniman Agung itu.

Anwar juga menitipkan doa supaya segala urusan Sazali dan isteri dipermudahkan.

“Saya mendoakan urusan rawatan dipermudah serta lekas diberi kesembuhan oleh Allah SWT, Insya-Allah,” katanya.

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

GV10, gegar segala gegar



Jangan tayang suami kalau takut disondol – Che Ta

Saya bukan orang ketiga antara Nafiez dan Fify – Neera



Saya Anak Malaysia lagu wajib Hari Kebangsaan

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker