Air Melaka : PH Gagal, Sulaiman Berjaya Selesaikan

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

SELAMA bertahun-tahun kita mendengar rakyat Melaka merintih berkenaan masalah air yang berpanjangan. Perkara tersebut dapat diselesaikan ketika Datuk Sulaiman Md Ali dilantik menjadi Ketua Menteri Melaka setelah Barisan Nasional mengambil alih negeri Hang Tuah tersebut dari Pakatan Harapan(PH).

Isu bekalan air di Melaka menjadi teras utama kepada beliau dalam menyelesaikan permasalahan keperluan rakyat di negeri tersebut.

Masalah air diatasi dengan melaksanakan ‘Projek Mitigasi Tasik Biru Dan Sungai Kesang’ sebagai alternatif menghadapi musim kemarau yang dihadapi oleh Negeri Melaka dua kali dalam setahun.



Sumber air dari Tasik Biru dan Sungai Kesang dialirkan ke Empangan Durian Tunggal (EDT) bagi mengurangkan kebergantungan empangan ini kepada sumber air dari Sungai Melaka.

Melaka adalah antara lima negeri di Malaysia yang mempunyai sumber air yang terhad selain Kedah, Perlis, Pulau Pinang dan Selangor.

Mengikut kajian ‘Natural Water Resources Study (NWRS) 2000-2050’ Melaka akan mengalami defisit sumber air menjelang 2022 bagi menampung keperluan bekalan air yang semakin meningkat.

Kejayaan Datuk Sulaiman mengatasi masalah air di Melaka menjadikan beliau sangat dekat di hati rakyat.  Melaka perlukan pemimpin yang berjiwa rakyat bukannya pemimpin yang sanggup lompat parti untuk nafsu serakah poket sendiri.




Sebaran :

Leave a Reply