Saya yang sokong kerajaan pun tak boleh terima – Ahmad Maslan
Saya yang sokong kerajaan pun tak boleh terima, Ahmad Maslan gesa kaji semula SOP PRN Melaka
Pemimpin Umno tidak bersetuju dengan larangan Kementerian Kesihatan (KKM) yang tidak membenarkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan pilihan raya negeri (PRN) Melaka.
Ahmad Maslan (BN-Pontian) berkata, pengumuman yang dibuat kementerian itu secara tidak langsung menggambarkan semua aktiviti pilihan raya di Melaka tidak dibenarkan.
“Varian Delta dijadikan alasan SOP di PRN Melaka dan kita tahu SOP di Melaka yang agak kita tidak boleh terima.
“Saya sendiri sebagai anggota menyokong kerajaan tidak boleh diterima apa yang disebut ‘sebarang aktiviti berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan’. Jadi, tanggapan itu terlalu luas.
“Kalau baca ayat itu juga bermaksud ‘sebarang aktiviti berkaitan pilihan raya adalah tidak dibenarkan berkuat kuasa hari ini hingga 27 Nov’. Kita nak buat pilihan raya tapi sebarang aktiviti pilihan raya tak boleh dibuat,” katanya yang juga Setiausaha Agung Umno di Dewan Rakyat hari ini.
Ahmad berkata, alasan dibuat KKM kononnya larangan itu bagi menghalang penularan varian Delta bertentangan dengan apa yang dimuat naik di laman web kementerian itu bahawa mereka divaksin jarang dijangkiti.
“Saya baca di web KKM apa disebut tentang varian Delta dimana jangkitan varian Delta dalam kalangan individu divaksin jarang berlaku dan jika dijangkiti tidak akan mengalami gejala teruk dan mungkin tak perlu ke hospital, itu dalam web KKM tapi ia dijadikan alasan tak boleh lakukan aktiviti ketika PRN di Melaka,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menggesa kerajaan menyemak semula larangan tersebut dengan memberi beberapa kelonggaran untuk berkempen.
“Saya harap disemak semula oleh kerajaan supaya ada perkara dibolehkan seperti (kempen) rumah ke rumah, ceramah kecil-kecilan, misalnya pertemuan kecil sepatutnya boleh diberikan,” katanya.
Semalam, KKM tidak membenarkan sebarang aktiviti, perhimpunan atau majlis sosial berkaitan PRN Melaka.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata larangan yang akan berkuat kuasa 25 Okt hingga 27 Nov itu termasuk penganjuran majlis pelancaran jentera pilihan raya. FMT
Saya yang sokong kerajaan pun tak boleh terima – Ahmad Maslan
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU
.+0
You must be logged in to post a comment.