Petani tanggung rugi, tak pulang modal harga racun terus naik

Petani tanggung rugi, tak pulang modal harga racun terus naik

KANGAR: Dianggarkan hampir satu juta petani di negara ini terkesan berikutan kenaikan berterusan harga racun rumpai yang dikatakan mencecah sehingga 100 peratus sekali gus menyebabkan golongan tersebut mengalami kerugian.

Kenaikan tersebut dikatakan berlarutan sejak Mac lalu dan menunjukkan peningkatan setiap bulan sehingga mencecah RM400 bagi 20 liter bahan keperluan pertanian berkenaan ketika ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengerusi Suara Tani Malaysia, Mohd. Shazwan Suban berkata, kenaikan tersebut bukan sahaja membebankan pesawah malah keseluruhan petani yang mengusahakan tanaman seperti sayur-sayuran dan buah-buahan termasuk sektor perladangan.

Katanya, semua tanaman tersebut menggunakan racun itu dan mereka terpaksa membelinya meskipun harga semakin mahal.

Ujarnya, difahamkan pada Mac lalu harga bagi 20 liter racun rumpai tersebut adalah sekitar RM220 dan meningkat setiap bulan sehingga mencecah RM400 ketika ini.

“Malah, difahamkan harga dari pembekal kepada peniaga sudah pun mencecah RM370 seterusnya dibeli petani pula sekitar RM400. Jika dahulu, harga daripada pembekal kepada peniaga sekitar RM200 sahaja dan dijual kepada petani antara RM220.

“Selain petani, peniaga juga terkesan dengan kenaikan tersebut yang mana mereka juga menerima racun untuk dijual itu dengan harga yang sudah mahal. Malah, kenaikan idijangka berterusan sehingga akhir tahun ini.

“Apabila kos racun naik, maka hasil keuntungan yang diperolehi petani berkurangan malah ada yang terpaksa menanggung kerugian atau hanya sekadar balik modal. Sejak akhir-akhir ini boleh dikatakan semua barangan naik, kita pun tidak pasti sebab apa,” katanya.

Tambah Shazwan, selain racun rumpai, racun serangga juga didapati naik dengan bulan depan dijangka mengalami kenaikan antara lima sehingga 20 peratus.

“Pekebun kecil, pesawah antara yang terkesan teruk dengan kenaikan tersebut. Apabila kos bahan keperluan pertanian itu meningkat, macam mana nak perolehi keuntungan. Kadangkala, modal pun tidak balik,” katanya.

Seorang pesawah, Faizul Izzuan Tumari, 38, memberitahu, dia perlu membelanjakan RM15,000 untuk kos racun rumpai bagi kawasan tanaman padi seluas 10 hektar yang diusahakannya musim ini berbanding sekitar RM12,000 musim lalu.

Katanya, setiap bulan harga racun rumpai semakin meningkat sekali gus membebankan
bukan sahaja para pesawah malah keseluruhan petani yang perlu menggunakan input pertanian tersebut.

“Saya harap kerajaan dapat mengawal harga racun rumpai itu selain memantau ketulenan racun berkenaan memandangkan banyak keluaran racun ketika ini yang tidak pasti sama ada berkualiti atau sebaliknya,” katanya.

Seorang pengusaha cili, Muhamad Hamim Mohd. Hanipa, 30, pula berkata, setiap bulan dia menggunakan kira-kira 16 liter racun itu di kawasan seluas 3.5 hektar.

Katanya, dahulu harga racun rumpai sekitar RM60 bagi empat liter sekarang meningkat kepada RM65 sekali gus menyebabkan dia perlu mengeluarkan lebih perbelanjaan.

“Selain racun, baja juga didapati naik sekitar 10 peratus daripada RM65 sekampit kepada RM70. Setiap bulan saya perlu menggunakan baja lebih 30 kampit. Apabila harga input pertanian meningkat sememangnya sangat memberi kesan kepada para petani memandangkan harga cili pula menurun,” katanya. Utusan

Petani tanggung rugi, tak pulang modal harga racun terus naik


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Tujuan PPBM ditubuhkan hanya untuk bunuh UMNO – Tok Mat

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker