Menyamar peminta sedekah sebelum samun kuil

Sebaran :

KUALA LUMPUR – Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan selepas dipercayai menyamar sebagai peminta sedekah sebelum melakukan samun sebuah kuil di Jalan Segambut pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, dalam kejadian jam 10 malam, mangsa berusia 51 tahun semasa berada di dalam bilik di kawasan kuil itu telah didatangi seorang wanita meminta makanan.

“Setelah mangsa membuka pintu, dua lelaki telah masuk ke dalam bilik itu lalu memukul mangsa dengan kayu di kepala, badan dan muka serta membawa lari sebentuk cincin emas, pasport, wang tunai RM500 dan dua buah telefon bimbit milik mangsa,” katanya melalui kenyataan pada Isnin.

Eng Lai berkata, susulan daripada kejadian itu, polis berjaya memberkas suspek berusia 16 hingga 35 tahun pada jam 11 malam pada Ahad.



“Kita turut merampas sebuah telefon bimbit, wang tunai RM100 serta pakaian yang digunakan semasa kejadian,” katanya.

Beliau berkata, salah seorang suspek juga disiasat di bawah Seksyen 52(3) Akta Pertubuhan 1966 kerana mempunyai beberapa tatu di badan disyaki ahli kumpulan pertubuhan yang tidak sah.

“Ketiga-tiga tangkapan mengaku terlibat dalam kes samun itu,” katanya.

Katanya, dua suspek mempunyai rekod kesalahan jenayah lampau dan dua rekod masih dikehendaki atas kesalahan jenayah dan dadah.



Menyamar peminta sedekah sebelum samun kuil


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Kenapa sekarang baru nak dedah lawak lucah, Peja soal Pandalela


Sebaran :

Leave a Reply