Hayati konsep Keluarga Malaysia- Sultan Nazrin
Hayati konsep Keluarga Malaysia- Sultan Nazrin
Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan kepada semua rakyat untuk terus menghayati konsep Keluarga Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Menerusi titah istiadat mengucap selamat berangkat, Sultan Nazrin menitahkan bahawa perkataan keluarga mempunyai pelbagai konotasi antaranya saling membantu, saling menghormati serta saling bermaaf-maafan dalam suasana mesra dan berkasih sayang iaitu komponen yang melukiskan keharmonian.
“Semakin besar saiz keluarga, semakin kompleks cabaran yang dihadapi, kerana bilangan ahli keluarga yang ramai semestinya dikembari dengan suara yang semakin banyak, selera yang semakin rencam dan keperluan yang semakin pelbagai.
“Keluarga Malaysia ialah keluarga yang besar. Menjadi ketua kepada sebuah keluarga besar memerlukan kesabaran, keupayaan, tumpuan dan kegigihan untuk melaksanakan seadil-adil perimbangan kepada seluruh ahli keluarga secara bijaksana,” titahnya di Dewan Seri Bendahara, Istana Negara tadi.
Titah baginda lagi,masyarakat Melayu turut mengutamakan ikatan persaudaraan dalam semangat kekeluargaan seperti yang terserlah dalam bidalan Melayu, ‘Biduk berlalu kiambang bertaut’, ‘Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum juga’, ‘Air dicencang tidakkan putus’.
“Semangat kekeluargaan turut membentuk budaya menghargai orang-orang terdahulu yang pernah berjasa, dan budaya tidak bersifat kacang lupakan kulit,” titahnya.
Dalam pada itu, baginda turut menyifatkan bermusyawarah dan bersyura merupakan tradisi dan amalan takhta dan kerajaan Raja-raja Melayu.
“Dalam semangat bermusyawarah dan bersyura itulah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong daripada masa ke masa mempersilakan kehadiran Raja-raja Melayu berangkat ke Istana Negara pada waktu baginda berhasrat mendapatkan nasihat dan pandangan.
“Apatah lagi jika sesuatu urusan itu boleh menyentuh kuasa Raja Pemerintah di negeri, dengan kesedaran bahawa Yang di-Pertuan Agong itu secara harfiahnya bermaksud ‘Dia Yang Terulung Di Kalangan Kami’ iaitu, ‘primus inter pares’. Baginda bersemayam di takhta kerajaan persekutuan, mewakili Raja-Raja Melayu,” titahnya. K Online
Hayati konsep Keluarga Malaysia- Sultan Nazrin
Baca Artikel Menarik :
- Gerabak LRT terabai di Ulu Yam?
- 4 Adun melompat kata banyak ‘tawaran’, esok akan buat keputusan
- Pasport Shafee dikembalikan oleh mahkamah
- Sajat dakwa Arab Saudi bagi dia buat umrah sebagai wanita
- Aktivis ‘panas’ ditahan tentera
- Saya jadi kambing hitam, bahan politik dan agama di Malaysia – Sajat
- Ular sawa 50kg sembunyi di siling tandas rumah keluarga Zoey Rahman
- ‘Love You Bro’ Air Mata Awie, Pekin Gugur Kenang Allahyarham Mamat Khalid
- Najib bidas Mahathir fitnah Sultan Johor
- Guan Eng jangan biadap – Shahril
- Joget ‘goyang pargoy’ cemar sambutan Maulidur Rasul [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU
Saya yang sokong kerajaan pun tak boleh terima – Ahmad Maslan
You must be logged in to post a comment.