Pengecualian cukai jualan kereta, HOC mungkin dilanjut dalam Bajet 2022
Pengecualian cukai jualan kenderaan dan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) mungkin dilanjutkan sehingga tahun depan dalam Bajet 2022.
Ketua Ahli Ekonomi Kumpulan dan Ketua Penyelidik Pasaran RHB Investment Bank Bhd, Dr Sailesh K Jha berkata, pengumuman utama secara sektoral itu bersama langkah lain dijangka memacu sektor automotif dan hartanah sepanjang tahun depan.
“Bajet 2022 dijangka melanjutkan pengecualian cukai jualan kenderaan, memandangkan jualan mengecewakan pada tahun ini walaupun terdapat pengecualian cukai terbabit berikutan beberapa sekatan pergerakan serta penutupan bilik pameran dan kilang pengeluaran.
“Begitu juga dengan HOC, di mana lebihan hartanah untuk komponen bertingkat masih menjadi masalah dan kami percaya ia memerlukan pendekatan berterusan jangka panjang.
“Inisiatif untuk pemilikan hartanah oleh kumpulan B40 dan golongan muda berkemungkinan diteruskan untuk mempromosikan pemilikan kediaman bagi kumpulan berpendapatan rendah,” katanya dalam satu nota penyelidikan, seperti dipetik portal tempatan, hari ini.
Pengecualian 100 peratus cukai jualan bagi kenderaan penumpang pemasangan tempatan (CKD) dan 50 peratus kenderaan import sepenuhnya (CBU), serta HOC akan berakhir 31 Disember ini.
Sementara itu, Ketua Penyelidik TA Securities Holdings Bhd, Kaladher Govindan berkata, sektor hartanah dijangka menerima lanjutan daripada langkah pertumbuhan yang diumumkan sebelum ini seperti pengecualian cukai keuntungan harta tanah (RPGT), HOC dan sewa untuk dimiliki (RTO).
“Sektor automotif juga mungkin mendapat lanjutan pengecualian cukai jualan selama enam bulan lagi dalam Bajet 2022, selain sektor ini akan mendapat manfaat daripada insentif untuk mempromosikan pembangunan ekosistem kenderaan elektrik (EV) serta insentif langsung kepada pengguna,” katanya.
Pengecualian cukai jualan kereta, HOC mungkin dilanjut dalam Bajet 2022
Baca Artikel Menarik :
- Bersatu Arau sudah mati, Ketua Bahagian letak jawatan, keluar parti
- Ada jurulatih suka melawak lucah, 7 tahun kemudian terlibat kes rogol – Pandelela
- Rumah ustaz pula jadi sasaran toyol
- Apa kaitan Emma Maembong dengan Addy Kana?
- Adegan rogol Raja Farah, netizen simpati kepadanya
- Najib, anak dibenar tangguh pembayaran tunggakan cukai
- Gangguan seksual pegawai JAIS, Sajat perlu buktikan
- SAl-Quran dibakar, polis siasat kejadian
- DAP beri amaran pada Norhizam, ‘Pengkalan Batu tetap milik kami’
- Cerita sampah Vida, Iqbal, mereka yang untung, kita dapat apa?
- Ibu gajah pijak mati buaya hendap anak
Layari Laman Facebook MYKMU
You must be logged in to post a comment.