Gagal keluarkan wang, lelaki rosakkan mesin ATM

Gagal keluarkan wang, lelaki rosakkan mesin ATM

Klang: Lelaki merosakkan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) di sebuah bank di Bandar Bukit Tinggi di sini, selepas gagal mengeluarkan wang sendiri membawa padah apabila ditahan polis malam tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, suspek iaitu seorang lelaki warga tempatan itu ditahan polis susulan aduan yang dibuat oleh pengurus bank berkenaan pada 10.52 pagi semalam.

“Pengadu (pengurus bank) mendakwa perkara itu disedari pembantu pengurus pada 8.30 pagi selepas mendapati dua skrin mesin ATM di bank itu mengalami kerosakan.

“Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian didapati suspek masuk melalui pintu utama yang tidak berkunci serta tiada kawalan pengawal keselamatan pada 4 pagi.

“Suspek cuba untuk mengeluarkan wang dari mesin ATM dan tiba-tiba bertindak menendang skrin berkenaan sehingga menyebabkan kerosakan sebelum dia melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hoong Fong berkata, Unit Forensik Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor kemudiannya dipanggil untuk menjalankan pemeriksaan dan menjumpai beberapa petunjuk yang boleh membantu siasatan.

“Pada 8.45 malam, Unit Siasatan Jenayah Berat (D9) Bahagian Siasatan Jenayah IPD Klang Selatan berjaya menahan suspek yang dipercayai terbabit dalam kes itu.

“Suspek berusia 25 tahun dan mempunyai empat rekod lampau atas kesalahan jenayah dan dadah ditahan di kawasan Jalan Dato Dagang 6, Taman Sentosa,” katanya.

Menurutnya, suspek direman sehingga 11 Ogos ini dan polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan melakukan perbuatan khianat. HM

Gagal keluarkan wang, lelaki rosakkan mesin ATM


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pengarah urusan dihukum penjara 230 tahun tipu pakej umrah, ziarah

Gadis cantik tidak kisah bergelar petani cendawan

‘Dia bukan anak atau anak ikan tetapi suami saya yang sah’

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker