Pemandu teksi didakwa amang seksual fizikal

Seorang pemandu teksi didakwa di Mahkamah Sesyen Kulim hari ini bagi pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak saudaranya yang berusia enam tahun pada Ogos lalu.

Lelaki yang berusia 62 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan terbabit.

Mengikut pertuduhan pertama, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa dengan cara menggeselkan alat sulit pada duburnya di sebuah rumah dekat Kilang Lama, Kulim, jam lebih kurang 3 hingga 4 petang, pertengahan bulan Ogos lalu.

Bagi pertuduhan kedua, dia dituduh memasukkan jari ke dubur manga pada masa dan lokasi yang sama.



Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Pavitra Satha Sivam manakala tertuduh diwakili peguam, Ahmad Taufik Baharum.

Akibat perbuatan itu, kesalahan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang boleh dihukum bawah seksyen yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan penjara tidak lebih 20 tahun dan juga boleh dikenakan sebatan.

Hakim Musyiri Peet membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8,000 bersama seorang penjamin.



Mahkamah menetapkan 23 November depan untuk sebutan semula kes. Sinar

Bapa anak dua didakwa lakukan amang seksual fizikal



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker