Bapa didakwa rogol anak kandung

Seorang bapa dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan merogol anak perempuannya berusia 17 tahun pada Jun lalu.

Tertuduh yang berusia 41 tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd Norisham Wan Yaakob.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa merogol anak perempuan kandungnya berusia 17 tahun di sebuah rumah di Pontian dekat sini pada jam 11 pagi, 28 Jun lalu.

Pendakwaan dijalankan mengikut 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sehingga 30 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.



Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh mengemukakan permohonan supaya mahkamah tidak membenarkan ikat jamin ke atas lelaki itu dengan alasan khuatir tertuduh mengganggu mangsa.

Wan Mohd Norisham membenarkan permohonan pendakwaan dan menetapkan tarikh sebutan semula pada 23 November depan. Sinar

ANAK SETAN: Merogol ibu kandung dijel 17 tahun



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker