Hinanya Tabung Haji Hari Ini

oleh Ab Jalil Backer

CEO TH Datuk Seri Zukri Samad menulis merungut orang kaya menabung dalam TH untuk raih untung besar berbanding simpanan tetap bank.

Kata beliau dengan penurunan Hibah TH orang kaya akan keluarkan simpanan mereka dan tidak mengambil kesempatan ke atas TH.

1. Memang ada orang kaya simpan di TH sebab ia dijamin 100% oleh kerajaan. Selain terjamin pelaburan mereka dilabur sesuai dengan kehendak syariah.



2. Memang benar simpanan dalam TH adalah pelaburan terbaik. Malangnya Pakatan Harapan sebelum ini mendakwa hibah TH tahun-tahun sebelumnya sangat rendah.

Mengapa sekarang sudah terbalik?

3. Adalah sangat melucukan bila orang korporat cuba memberi justifikasi agenda politik. Kata Zukri memberi hibah rendah akan memaksa penyimpan yang mempunyai wang berjuta-juta mengeluarkan wang mereka.

4. Kalau hendak suruh mereka keluarkan wang tidak perlu bagi hibah rendah. Buat sahaja peraturan maksimum deposit dalam akaun TH hanya RM100 ribu.



5. Apa yang Zukri tidak faham ialah ramai juga orang kaya Islam menyimpan dalam TH kerana ia membolehkan mereka beramal dengan simpanan tersebut.

6. Sebahagian keuntungan simpanan tersebut digunakan untuk subsidi kepada jemaah haji. Ini amal jariah yang mungkin Zukri tidak faham.

7. Jika semua pendeposit besar mengeluarkan simpanan mereka, Apakah TH masih mampu melabur dalam perniagaan bagi mencari keuntungan dan membiayai sebahagian kos haji jemaah Malaysia?

8. Sebagai CEO TH Zukri boleh buat bermacam
peraturan yang sesuai dengan pemikiran beliau. Namun memberi alasan bayar hibah rendah untuk membuatkan pendeposit besar keluar sangat membodohkan orang Islam.



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker