Ronaldo Langgar Undang-undang Arab Saudi, Akhirnya Dibenar Bawa Pasangan Tinggal Serumah

Ronaldo Langgar Undang-undang Arab Saudi, Akhirnya Dibenar Bawa Pasangan Tinggal Serumah

RIYADH: Cristiano Ronaldo dan pasangannya, Georgina Rodriguez akan mendapat kelulusan undang-undang ketat Arab Saudi mengenai pasangan yang tidak berkahwin untuk tinggal bersama.

Pemain berumur 37 tahun itu menyertai Al Nassr dengan perjanjian dua tahun setengah bernilai 173 juta pound (RM906 juta) semusim selepas kontraknya di Manchester Uni­ted ditamatkan atas persetujuan bersama.



Ronaldo mencetuskan kemarahan di Old Trafford dalam sesi wawancaranya bersama Piers Morgan selepas menuduh United melakukan pengkhianatan sambil mendedahkan dia tidak menghormati pengurus Erik Ten Hag.

Ronaldo diumumkan sebagai pemain Al Nassr awal minggu ini dengan pasangannya Georgina yang bersamanya lebih enam tahun dan keluarganya hadir di Stadium Mrsool yang dipenuhi 25,000 penyokong kelab ber­kenaan.

Bagaimanapun, dengan pasangan itu belum berkahwin dan tinggal bersama, mereka secara teknikalnya akan melanggar undang-undang Arab Saudi.

CRISTIANO Ronaldo dan keluarganya menerima sambutan hangat ketika diperkenalkan kepada penyokong Al Nassr di Stadium Mrsool Park, Riyadh semalam.

Terdapat laporan yang me­nyatakan Ronaldo yang merupakan bapa kepada lima orang anak termasuk dua anak hasil hubungan dengan Georgina akan mendapat kelulusan untuk tinggal bersama kerana status­nya sebagai salah seorang atlet paling terkenal di dunia.



“Walaupun undang-undang masih melarang bersekedudukan tanpa akad nikah, pihak berkuasa telah mula menutup mata dan tidak menganiaya sesiapa. Sudah tentu undang-undang ini digunakan apabila terdapat masalah atau jenayah.

“Pihak berkuasa Arab Saudi, hari ini, tidak campur tangan dalam perkara ini (dalam kes warga asing) tetapi undang-undang terus melarang bersekedudukan di luar perkahwinan,” kata peguam terbabit.

Ronaldo masih belum membuat penampilan sulung di Asia Barat kerana Al Nassr tidak dapat mendaftarkannya kerana mereka telah melebihi kuota pemain asing.

Ini bermakna kelab itu perlu sama ada menjual atau memecat salah seorang pemain luar negara mereka sebelum bintang Portugal itu dapat beraksi.



“Al Nassr belum mendaftarkannya kerana tiada kekoso­ngan untuk pemain asing.

“Pemain asing perlu tinggalkan kelab bagi membolehkan Ronaldo didaftarkan, sama ada dengan menjual atau menamatkan kontrak dengan persetujuan bersama,” kata seorang pegawai Al Nassr. – AGENSI

Ronaldo Langgar Undang-undang Arab Saudi, Akhirnya Dibenar Bawa Pasangan Tinggal Serumah

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]



Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker