Jin belaan lebih mengganas jika dihebohkan
Jin belaan lebih mengganas jika dihebohkan
KOTA BHARU – Seorang pengamal perubatan Islam tidak menolak kemungkinan misteri kehilangan wang milik penduduk di tiga buah kampung di Kubang Kerian di sini mempunyai kaitan dengan jin yang menyerupai toyol.
Mohamad Aziz Che Man, 51, dari Pusat Rawatan Islam Darul Suffah di sini berkata, sebelum ini penduduk Kampung Tok Kenali, Kampung Pulai dan Kampung Polong tidak mahu kejadian itu dihebohkan meskipun sudah lama berlaku.
Menurutnya, dia berasakan bahawa penduduk telah mengetahui akan akibatnya jika menghebohkan perkara itu sehingga ada pihak yang mahu membantu.
“Jika dihebohkan, toyol itu akan lebih mengganas. Tuan empunya jin akan mengarahkan makhluk belaannya mencuri lebih banyak duit penduduk.
“Sebab itu, ramai mangsa hanya mendiamkan diri meskipun mereka tahu perbuatan itu angkara siapa,” katanya ketika dihubungi Kosmo!.
Mohamad Aziz memberitahu, kejadian toyol mencuri duit penduduk pernah berlaku di Pasir Puteh, Tanah Merah dan Jeli.
Beliau mendedahkan masih terdapat masyarakat pada zaman moden yang membela toyol untuk bekerja dan mencuri wang atau harta penduduk setempat.
“Sebagai umat Islam, harta atau wang yang disimpan seharusnya dilakukan bersama ikhtiar iaitu sekurang-kurangnya membaca bismillah agar setiap harta dapat dilindungi daripada diambil tangan-tangan jin.
“Mangsa boleh melakukan apa sahaja petua, namun paling penting adalah kebergantungan kepada Allah SWT,” ujarnya. K Online
Jin belaan lebih mengganas jika dihebohkan
Baca Artikel Menarik :
- PH Melaka tak bertanggungjawab cetus krisis – Ahli Parlimen PKR
- DAP tentang Norhizam sebagai calon PH
- Muhammad nama popular di UK?
- Golongan antivaksin tidak akan dianiaya – Hishammuddin
- Idris Haron dan 3 lain menaruh harapan kepada PH
- Timah, hanya modal untuk serang PAS – Tuan Ibrahim
- Bapa Perkosa Anak Kandung Konon Percaya ‘Nasihat’ Pakar Feng Syui
- Lelaki Terkaya Di Asia Miliki Aset RM415 Billion Setara Elon Musk dan Jeff Bezos
- Anak Pengasas Microsoft Bill Gates Kahwini Dengan Pemuda Muslim
- Kekasih Sajat ‘serang’ pegawai polis
- Mana ada orang betul-betul kaya baling duit
Layari Laman Facebook MYKMU
Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu
You must be logged in to post a comment.