Saksi Utama Kes Rasuah Terowong Guan Eng Mati, Kit Siang Senyap, Najib Jumpa Anak, Kit Siang Bising

Sebaran :

Oleh Nurul Aisyah

MELAMPAU tindakan Lim Kit Siang yang sentiasa merekayasa kesalahan Datuk Seri Najib yang tidak ada tetapi dalam masa yang sama “tutup dua belah mata” dalam isu yang melibatkan kesalahan DAP terutamanya kes anak beliau Lim Guang Eng walaupun banyak bukti-bukti nyata.

Kumpulan anti-rasuah yang dipercayai didalangi Pakatan Harapan (PH) mula mempersoalkan mengapa Najib memperolehi semula pasport beliau. Namun kumpulan ini tidak pula mahu mempersoalkan kenapa saksi utama kes rasuah mega terowong Dasar Laut yang melibatkan Lim Guan Eng, tiba-tiba jatuh dari tingkat 17 sebelum tarikh ke mahkamah.

Tindakan Lim Kit Siang mempersoalkan mengapa Najib memperolehi semula pasportnya walaupun sedang dibicarakan di mahkamah dilihat bermotif jahat untuk menghasut rakyat.



Bapa Lim Guan Eng itu turut tidak berpuas hati mengapa Tony Pua dilarang meninggalkan negara ini untuk berlepas ke Yogyakarta, Indonesia pada 2015. Adakah Tony Pua, Maria Chin Abdullah dan Zulkiflee Anuar Ul Haque perlu ke luar negara atas keperluan mendesak yang melibatkan keluarga atau pun kesihatan? Kit Siang perlu “be realistic” jika beliau tidak mahu diperlekehkan atas kenyataan yang dilihat “kurang cerdik” dan berniat menghasut.

“Mengapa pasport MP Tony Pua disita dan dia dilarang melakukan perjalanan ke luar negeri, sedangkan Najib dibenarkan pergi ke luar negara walaupun dia disabitkan kesalahan?- Lim Kit Siang

Kita semua tahu bahawa Najib seorang yang mempunyai kredibiliti sangat tinggi. Beliau tidak akan melarikan diri. Malah beliau akan pastikan kes di Mahkamah dapat dibicarakan dengan telus dan adil bagi membuktikan Najib tidak bersalah atas tuduhan yang direkayasa PH ketika mereka memerintah selama 22 bulan.

Mahkamah Rayuan telah membenarkan permohonan Najib memperoleh semula pasportnya buat sementara waktu.

Najib mengemukakan permohonan itu pada 15 Okt lalu bagi membolehkan dia ke Singapura untuk bersama anak perempuannya, Nooryana Najwa yang akan bersalin di negara itu.



Pada hari yang sama, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan isteri Najib, Rosmah Mansor mendapatkan sementara pasportnya bagi tujuan sama.

Semua pemimpin DAP senyap tanpa sepatah kata pun berkenaan kematian saksi utama skandal kes Terowong Dasar Laut. Jadi, apabila mereka “bising” berkenaan pasport Datuk Seri Najib maka rakyat melihat betapa terdesaknya pemimpin DAP merekayasa apa sahaja untuk mengenakan Najib.


Sebaran :

Leave a Reply