Lelaki maut rentung dalam kebakaran

Lelaki maut rentung dalam kebakaran

KUALA LUMPUR – Mayat seorang lelaki tempatan ditemui rentung terbakar dalam satu kebakaran di sebuah rumah di Sri Petaling di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kebakaran tersebut kira-kira pukul 1 pagi sebelum bergegas ke lokasi.



“Pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang turut dikejarkan ke lokasi kejadian mengambil masa 30 ke 40 minit untuk memadamkan kebakaran tersebut.

“Siasatan awal di tempat kejadian telah menemui mayat seorang lelaki tempatan dalam keadaan rentung di dalam rumah tersebut,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, punca kebakaran masih di dalam siasatan yang dijalankan oleh Ketua Polis Balai Sri Petaling dan kes kini diklasifikasikan sebagai laporan kebakaran serta kes mati mengejut.

“Orang awam yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diseru untuk tampil memberikan keterangan,” ujar beliau.



Terdahulu, Pusat Gerakan Operasi JBPM Kuala Lumpur memaklumkan telah menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.11 pagi.

Komander Operasi Kanan JBPM Kuala Lumpur, Mohd. Haikal Md. Kasri berkata, seramai 18 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Petaling, balai bantuan BBP Seputeh dan BBP Jalan Hang Tuah telah dikejarkan ke lokasi bagi melakukan pemadaman.

“Api dapat dikawal pada pukul 2 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 3.11 pagi.

“Anggota bomba bertugas yang melakukan pemeriksaan kemudiannya menemui mayat seorang lelaki tempatan berusia 54 tahun dalam keadaan rentung di bilik air bahagian atas,” katanya. K Online



Lelaki maut rentung dalam kebakaran


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker