Idris Haron dan 3 lain menaruh harapan kepada PH

Idris Haron dan 3 lain menaruh harapan kepada PH

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Udang, Idris Haron memberi bayangan bahawa dia dan tiga Adun lain akan bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya negeri (PRN) Melaka kelak.

Kata Idris, dia tidak boleh terlalu memilih parti mana yang akan disertainya namun menyerahkan perkara itu kepada kepimpinan PH untuk mementukan kedudukannya dalam gabungan tersebut.

“Saya cuma menaruh harapan kepada Pakatan Harapan,” katanya seperti dilapor portal malaysiagazette selepas menghadiri perjumpaan bersama Pengerusi PH, Anwar Ibrahim, malam tadi.

Dalam ucapan di hadapan Anwar, bekas ketua menteri Melaka itu berkata dia menyerahkan nasibnya dan tiga lagi Adun iaitu Adun Pantai Kundor, Nor Azman Hassan, Adun Pengkalan Batu, Norhizam Hassan Baktee dan Adun Telok Mas, Noor Effandi Ahmad kepada PH.

“Kita tidak boleh memilih, maksud saya tadi biarlah PH yang memikirkan nasib kami sebab dalam konteks 15 orang (Adun PH tambah 4) ini sudah ada satu gabungan yang membentuk majoriti pada hari ini yang merupakan satu semangat yang kami dukung,” katanya.

Ditanya parti mana dalam PH yang akan disertainya kelak, Idris berkata dia masih belum membuat sebarang keputusan.

Pada sidang media sama, Pengerusi PH Melaka Adly Zahari berkata, segala keputusan mengenai empat Adun yang kini menyokong PH diserahkan kepada kepimpinan tertinggi gabungan itu.

“Belum ada sebarang perbincangan sebab kita dalam PH biasanya kita akan muktamadkan dalam Majlis Presiden PH di peringkat nasional,” jawab Adly.

Hari penamaan calon bagi PRN Melaka ditetapkan pada 8 November, manakala tarikh mengundi ditetapkan pada 20 November. Mk

Idris Haron dan 3 lain menaruh harapan kepada PH


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


3 pemimpin Umno konsensus pilih calon

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker