PRN Melaka: Jangan benarkan kempen besar-besaran

SHAH ALAM – Pakar kesihatan menyarankan supaya tiada kempen besar-besaran pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November depan.

Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata, ia akan menyebabkan banyak pergerakan dari luar negeri berkenaan sekali gus mencetuskan kluster baharu Covid-19.

Menurutnya, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu tegas dalam menetapkan peraturan tersebut bagi mengelakkan kejadian di Sabah berulang di Melaka.



“Kalau boleh jangan ada kempen besar-besaran terutama kempen bersemuka atau lawatan dari rumah ke rumah kerana melibatkan banyak pergerakan.

“Tambahan pula, PRN Melaka dijangka hangat andai berlaku pertandingan banyak penjuru. Jika perkara itu terjadi, lebih banyak kempen berlangsung dan ramai orang berkumpul,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau turut mencadangkan SPR mengehadkan kehadiran penyokong dan memastikan prosedur operasi standard (SOP) benar-benar dapat mengekang penularan wabak.

“Penguat kuasa pula mesti ambil tindakan tegas. Sekarang ini mereka memang berperanan memeriksa status vaksinasi, perhimpunan dan sebagainya. Perketatkan lagi pemeriksaan dalam tempoh berkempen,” ujar beliau.



Zainal Ariffin juga menyarankan agar individu yang mempunyai dua dos vaksin sahaja dibenarkan keluar mengundi.

“PRN ini bagi saya juga satu percubaan untuk kita melihat sama ada betul-betul berkesan atau sebaliknya namun SOP masih perlu dipatuhi,” ujar beliau.

Pada Isnin, Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 20 November depan sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka ke-15.

PRN Melaka: Jangan benarkan kempen besar-besaran




Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Idris sudah hilang akal, mahu UMNO dan DAP cari titik penyatuan tadbir negara bersama



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker