Hak asasi apa ultra kiasu mahu?

ULTRA kiasu ibarat cacing kepanasan apabila Malaysia terpilih menduduki kerusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB. Malaysia berjaya meraih 183 undi untuk mengisi satu daripada 18 kerusi Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penggal 2022-2024. Ultra seolah-olah tidak percaya apabila Perdana Menteri Malaysia mengkabarkannya.

Selama ini ultra kiasu inilah yang memburuk-burukkan imej negara kononnya kita tidak menjaga hak-hak asasi manusia. Hak-hak asasi manusia melampau yang dibangkitkan sentiasa mendapat tentangan daripada kumpulan yang mahukan hak asasi berpandukan ajaran Tuhan, bukannya nafsu manusia semata.

Dalam kekalutan itu, dengan tidak disangka-sangka, tiba-tiba dunia mengiktiraf dan memilih negara kita.

Sekiranya, terbukti kita mengabaikan hak-hak asasi, sudah tentu dunia tidak memilih, apatah mengiktiraf. Lagi pun proses ini dilakukan melalui undian.

Hairan sungguh ultra kiasu ini, dunia mengiktiraf kita, mereka yang panas. Pasal apa ya? Jawapan mudah, ultra kiasu tidak dapat menerima hakikat, desakan dan tuntutan mereka selagi ini sia-sia.

Sebab itu, ultra kiasu merasa terkedu. Pada ultra kiasu, Malaysia banyak melakukan pelanggaran hak asasi manusia seperti yang mereka dakwa. Ternyata meleset.

Justeru, kerajaan tidak perlu melayan sangat ultra kiasu ini. Pada mereka hak asasi itu, samarata dan samarasa. Sedangkan hakikat sebenarnya tidak.

Malaysia tidak perlu tunduk kepada ultra kiasu mahukan kita membaharui sistem undang-undang jenayah dan menghapuskan hukuman mati bermula dengan penghapusan hukuman mati mandatori kerana masih banyak negara yang mengamalkannya.

Walaupun ultra kiasu berhujah, pada masa ini terdapat 1,366 orang yang menjalani hukuman mati dan jumlahnya meningkat setiap tahun. Pada ultra kiasu, hukuman mati tidak menjadi penghalang jenayah. Harus ada usaha yang lebih besar oleh kerajaan untuk memerangi jenayah dan bukannya dengan hukuman mati.

Pada hemat saya, jika hukuman mati dihapuskan lagi mencanak naik jenayah di negara ini. Selagi mana hukuman mati tidak menimbulkan kegerunan dan pengajaran selagi itu, hukuman itu tidak dilihat sebagai proses pendidikan.

Ingat! Apabila kita hapuskan ISA, ultra kiasu yang paling gembira. Hari ini, apabila ISA sudah tiada lagi kita lihat betapa kurang ajarnya mereka.

Selain itu, ultra kiasu juga mahu kita tidak membenarkan perkahwinan kanak-kanak mengikut undang-undang.

Hairan sungguh, seorang pun ultra kiasu tidak bersuara tentang seks sebelum nikah (kahwin) yang bermaharajalela dalam kalangan mereka, malah mereka menggalakkan, termasuk hubungan sesama jenis.

Namun, apabila tiba bab perkahwinan bawah umur secara sah, mereka begitu menentang. Saya juga tidak bersetuju dengan perkahwinan bawah umur. Tetapi biarlah berlaku adil. Mana lebih buruk seks bebas atau perkahwinan secara halal.

Pelik! Bilangan murid Cina menurun, tapi masih tuntut bina sekolah vernakular

Perhatikan, sebenarnya sebahagian besar ultra kiasu ini melakukan hubungan seks bebas sebelum berkahwin. Perkara ini pada mereka hak asasi, kepada kita itu bukan. Peliknya, kenapa ultra kiasu tidak bersuara.

Satu lagi, ultra kiasu juga mahukan kita menarik balik rayuan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan kewarganegaraan automatik anak-anak yang dilahirkan di luar negara kepada ibu-ibu Malaysia.

Jika difikirkan secara mendalam, kenapa begitu mudah kita mahu berikan dua kewarganegaraan ini. Cuba buat kajian siapa yang paling ramai berkahwin di luar negara dan melahirkan.

Ultra kiasu tidak perlu berkahwin secara sah untuk melahirkan. Jadi, dengan adanya kewarganegaraan automatic ini, mudahlah mereka dapat dua warganegara, terutama yang ramai berkahwin secara ‘main-main’ dengan dengan warga Vietnam, China dan negara lain.

Begitu juga ultra kiasu mahukan kita menandatangani dan mengesahkan perjanjian antarabangsa seperti Statut Rom, Protokol Kedua kepada Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik, Konvensyen PBB Menentang Penyeksaan, Konvensyen Pelarian 1951 dan konvensyen yang menghilangkan diskriminasi dan intoleransi berdasarkan agama dan kepercayaan.

Licik sungguh ultra kiasu ini. Mereka sudah tahu bahawa mereka telah gagal apabila rakyat Malaysia bangun menentang Convention for Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), sehingga gagal dilaksanakan.

Tidak berpuas hati dengan kegagalan itu, saban kali dibangkitkan ultra kiasu. Saya tidak perlu huraikan lagi isu lama ini.

Cuma, saya ingin ingatkan kerajaan Malaysia. Pertama, jangan tunduk sama sekali kepada tekanan ultra kiasu mengenai hak asasi manusia. Hak asasi kita hendaklah berpandukan kepada Perlembagaan dan acuan kita, bukan ditentukan oleh orang lain.

Hak asasi manusia yang dibangkitkan ultra kiasu ini banyak yang mengarut daripada menjaga keamanan dan keharmonian di negara ini. Mereka tidak mahu melihat orang Islam berpegang kepada agamanya. Semakin liberal umat Islam, semakin beruntunglah mereka. Kerana apabila umat Islam semakin liberal, semakin ramai yang akan masuk dan mengundi mereka.

Sebab itu, negara kita amat perlu kepada parti politik yang berasaskan kepada bangsa dan agama seperti UMNO dan PAS. Dengan adanya parti-parti ini, sekurang-kurangnya dapat mengekang perancangan jahat dan licik mereka.

Sebab itu, UMNO dan PAS, perlu lantang dalam mempertahankan hak ini, sama ada berada dalam kerajaan atau luar kerajaan. Dalam tenggelam dalam arus kekuasaan.

Belajar Dari Pengalaman Lee Kwan Yew Hapus ‘Sekolah Vernakular’

Kedua, pada ultra kiasu hak asas adalah samarata dan samarasa. Tetapi, bukan kepada kita terutama berkaitan dengan agama. Agama Islam sebagai agama persekutuan dan hak istimewanya termaktub dalam Perlembagaan.

Meskipun demikian, kita tidak pernah sama sekali menindas atau mendiskriminasikan agama lain. Bilangan rumah ibarat mereka jauh meninggalkan masjid surau, walaupun Islam agama persekutuan. Berapa banyak tanah kerajaan dan persendirian yang diceroboh bagi tujuan membina rumah ibadat mereka. Berapa banyak batang jalan yang terpaksa dibengkokkan kerana memberi laluan rumah ibadat ini sehingga membahayakan. Adakah ini adil?

Ketiga, begitu juga dalam soal hak istimewa Melayu dan bumiputera. Apakah selama ini hak mereka diabaikan? Jangan pergi jauh, lihat kekayaan bukan bumi berbanding dengan Bumiputera itu sendiri.

Keempat, pada masa sama kerajaan perlu memantau pergerakan dan perjalanan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM). Pastikan ia berada dalam landasan yang betul dan bukannya terikut-ikut dengan hak asasi ultra kiasu. SUHAKAM mesti bertindak berpandukan Perlembagaan, bukan nafsu hak asasi manusia.

Kelima, ultra kiasu juga mahukan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC) ditubuhkan sedangkan peruntukan dalam Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Tatakelakuan Polis (IPCC) 2020 lebih adil tanpa menjejaskan kepentingan pengadu, penyiasat dan individu dituduh.

Berbanding Rang Undang-Undang (RUU) Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC), ia mengundang bantahan dalam kalangan polis kerana memperuntukkan kuasa kepada suruhanjaya terbabit untuk menjalankan siasatan, apatah lagi mengambil tindakan terhadap pihak terbabit.

Kenapa ultra kiasu begitu mendesak supaya IPCMC ditubuhkan? Mesti ada sesuatu yang berkaitan dengan kepentingan mereka yang tidak perlu dijelaskan di sini?

Justeru, saya mohon, supaya kerajaan tidak tunduk dan terikut-ikut dengan rentak ultra kiasu. Dunia sudah mengiktiraf hak asasi kita. Kenapa kita perlu tunduk kepada mereka yang jelas-jelas mahu meruntuhkan negara ini. Mereka mahukan rakyat negara ini jauh daripada agama, supaya memudahkan perjalanan mereka berkuasa kembali.

Prof Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU


Sekolah Vernakular: Mahkamah tolak permohonan 3 pertubuhan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker