18 remaja tarik saman terhadap kerajaan berhubung Undi18

18 remaja tarik saman terhadap kerajaan berhubung Undi18

Sekumpulan 18 remaja menarik balik saman difailkan terhadap kerajaan di Mahkamah Tinggi kerana enggan melaksanakan pindaan perlembagaan bagi membenarkan rakyat berusia 18 tahun mengundi dan melaksanakan pendaftaran automatik pengundi.

Keputusan ini dibuat setelah Mahkamah Tinggi Kuching bulan lalu membenarkan semakan kehakiman serupa yang difailkan lima belia dari Sarawak berhubung keengganan kerajaan melaksanakan pindaan Undi18 menjelang Julai.



Dalam notis yang difailkan pada 14 Okt, 18 individu itu berkata, mereka menarik balik kes itu dengan kebebasan untuk memfailkannya semula.

Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Kamal Md Shahid dijadualkan membuat keputusan berhubung kes itu pada Khamis.

Beliau mendengar hujah daripada peguam 18 remaja itu dan Jabatan Peguam Negara (AGC), yang mewakili bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), pada 23 Ogos.

Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Kuching Alexander Siew pada 3 Sept membenarkan permohonan yang difailkan lima belia Sarawak untuk mencabar keputusan kerajaan terdahulu tidak melaksanakan pindaan Undi 18 pada Julai.



“Mahkamah turut mengeluarkan perintah untuk membatalkan keputusan kerajaan persekutuan bahawa pindaan Undi 18 hanya boleh dilaksanakan menjelang September 2022,” katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Wan Junaidi Tuanku Jaafar memberitahu Dewan Rakyat pada 23 Sept bahawa kerajaan akan akur dengan perintah Mahkamah Tinggi Kuching supaya melaksanakan kedua-dua Undi 18 dan pendaftaran pengundi automatik sebelum 31 Dis.

Sebelum ini beliau berkata, SPR bersedia melaksanakan pindaan Undi 18 sahaja sebelum 31 Dis, tetapi tidak termasuk pendaftaran automatik.

Beliau turut mengesahkan sebelum 31 Dis 2021, akan ada 5.6 juta pengundi tambahan, dengan 4.4 juta daripadanya berusia 21 tahun ke atas.



Rang Undang-undang Undi 18 diluluskan di Dewan Negara pada Julai 2019 dan diwartakan dua bulan kemudian. Ia menurunkan usia mengundi daripada 21 kepada 18 tahun. FMT

18 remaja tarik saman terhadap kerajaan berhubung Undi18


Baca Artikel Menarik :

Layari Laman Facebook MYKMU




Ieda Moin rimas jadi tempat pelepas nafsu

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker